KECENDERUNGAN POLITIK DALAM KALANGAN BELIA WANITA DI PERAK

Siti Noranizahhafizah Boyman

Abstract


Artikel ini mengkaji kecenderungan politik dalam kalangan belia wanita di Perak. Pengaruh belia dalam menentukan perubahan boleh menjadi signifikan dengan jumlah belia yang semakin meningkat kepada 13.4 juta pada 2010 daripada 10.8 juta bersamaan 41 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2005. Di Perak pengundi belia berjumlah 37 peratus iaitu 522,536 orang daripada 1,409,045 keseluruhan pengundi pada Pilihan Raya Umum 2013. Manakala dari segi komposisi, belia lelaki adalah seramai 270,237 orang dan perempuan 252,536 orang. Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki penglibatan belia wanita dalam politik, kecenderungan dan pilihan mereka tentang politik. Bagi mendapatkan data yang diperlukan, penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Hasil kajian ini menunjukkan majoriti daripada responden iaitu 416 orang atau 92.4 peratus tidak melibatkan diri sebagai ahli dalam parti politik. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan tahap penglibatan belia wanita dalam politik adalah rendah dan sikap mereka terhadap aktiviti politik amatlah pasif. Belia wanita hanya melibatkan diri dalam aktiviti politik secara formal seperti mengundi dalam pilihan raya. Akhir sekali, hasil analisis menggambarkan bahawa penglibatan belia wanita di Perak adalah disebabkan oleh sikap peribadi ingin melibatkan diri dalam aktiviti politik. Implikasinya kecenderungan dan penglibatan belia wanita dalam politik agak pasif. Oleh itu, perlu ada satu anjakan kepada penglibatan belia wanita dalam politik di Perak agar selari dengan politik semasa dan menjadi pelapis kepada pemimpin-pemimpin wanita pada masa hadapan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.