KECERDASAN EMOSI DAN KESEIMBANGAN KERJA DAN KEHIDUPAN DALAM KERJAYA KETENTERAAN: SUATU TINJAUAN KONSEPTUAL

Rogis Baker, Hasimi Sallehuddin, Nur Surayya Mohd Saudi, Hasan Al-Banna Mohamed, Mohammad Ayyub Hassan, Zailin Zainal Ariffin

Abstract


Kecerdasan emosi dan keseimbangan kerja dan kehidupan merupakan dua elemen yang kini kian mendapat perhatian oleh segenap lapisan masyarakat. Para sarjana juga sering mengkaji faktor-faktor ini dalam pelbagai sektor pekerjaan. Tuntutan di antara mengimbangi keperluan dan kehendak di samping peningkatan taraf hidup telah menyebabkan individu sering berhadapan dengan konflik emosi antara kerjaya dan keluarga. Kesan kegagalan individu dalam mengawal emosi telah menyebabkan berlakunya peningkatan isu-isu berkaitan bunuh diri, penceraian,  kemurungan dan sebagainya akibat daripada tekanan di tempat kerja. Artikel ini membincangkan secara tinjauan konseptual kesan kecerdasan emosi terhadap keseimbangan kerja dan kehidupan dalam konteks kerjaya sebagai anggota tentera. Bukti secara empirikal daripada kajian-kajian lepas menjadi sandaran dalam membincangkan isu-isu berkaitan kecerdasan emosi dan keseimbangan kerja. Berdasarkan kajian-kajian lepas yang pernah dijalankan telah membuktikan terdapat hubungan signifikan yang positif antara kecerdasan emosi dengan keseimbangan kerja dan kehidupan. Para pengkaji mendapati individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi mampu mengimbangi kerjaya dan kehidupan peribadi mereka. Oleh itu, salah satu faktor yang perlu diberi perhatian oleh organisasi dalam meningkatkan kualiti kerja dan kehidupan pekerja adalah dengan menitik beratkan elemen kecerdasan emosi. Keseimbangan kerja dan kehidupan merupakan elemen yang penting dalam kerjaya ketenteraan kerana anggota tentera sering berhadapan dengan tuntutan tugas yang berat dan mencabar.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia