KAJIAN RINTIS STRATEGI PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERBAHASA ARAB

Nadhilah Abdul Pisal, Kamarul Shukri Mat Teh

Abstract


Penggunaan strategi pembelajaran bahasa merupakan salah satu alternatif yang dapat membantu pelajar mempelajari dan menguasai pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kebolehpercayaan instrumen yang digunakan bagi mengenal pasti penggunaan strategi pembelajaran kemahiran berbahasa Arab dalam kalangan pelajar. Selain itu, kajian berbentuk tinjauan deskriptif ini turut mengenal pasti tahap penggunaan strategi pembelajaran kemahiran berbahasa Arab dalam kalangan pelajar. Seramai 30 orang pelajar daripada salah sebuah sekolah menengah agama di Kedah terlibat dalam kajian rintis ini. Data kajian pula diperoleh melalui soal selidik. Tahap kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi dengan nilai Alfa Cronbach 0.956. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan strategi secara keseluruhan dan berdasarkan kategori dalam kalangan pelajar adalah rendah. Justeru, pelajar diharapkan dapat mempelbagaikan aktiviti pembelajaran bahasa Arab di dalam dan di luar kelas supaya mereka mempunyai lebih banyak peluang untuk menggunakan strategi dengan lebih bijak.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.