PERSPEKTIF MURID TERHADAP PENGLIBATAN DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS MELALUI TEKNIK PEER INSTRUCTION DENGAN SUMBER-SUMBER SEJARAH

M. Kaviza

Abstract


Oleh kerana murid perlu berperanan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka kajian ini adalah betujuan untuk mengenal pasti tahap penglibatan dalam persekitaran pembelajaran konstruktivis, di samping untuk menentukan sama ada terdapat peningkatan min dalam ujian pra dan ujian pasca bagi murid-murid yang mengikuti pembelajaran melalui teknik Peer Instruction dengan sumber-sumber sejarah. Seramai 25 orang murid Tingkatan Empat yang ditentukan melalui teknik persampelan bertujuan terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang diadaptasi daripada Constructivist Learning Environment Survey yang telah disahkan oleh pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t sampel berpasangan melalui perisian IBM SPSS.  Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap perspektif penglibatan terhadap persekitaran pembelajaran konstruktivis berada pada tahap sederhana ((M=3.18, SD=0.52). Tambahan pula, dari segi konstruknya pula, belajar tentang sejarah (M=3.83, SD=0.58) dan belajar untuk berkomunikasi (M=3.74, SD=0.93) berada pada tahap tinggi dalam kajian ini. Selain itu, terdapat peningkatan min perspektif penglibatan terhadap persekitaran pembelajaran konstruktivis antara ujian pra dan ujian pasca yang signifikan dalam kajian ini. Walaubagaimanapun, konstruk belajar tentang sejarah, belajar untuk belajar dan belajar untuk berkomunikasi sahaja yang melaporkan terdapat peningkatan min yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca dalam kajian ini. Implikasi kajian ini telah mencadangkan pelaksanaan teknik Peer Instruction dengan sumber-sumber sejarah dengan meluas pada semua peringkat persekolahan bagi meningkatkan penglibatan aktif dalam kalangan murid menerusi strategi pembelajaran abad ke-21.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia