KEUNIKAN BUDAYA BERNIAGA WANITA KELANTAN DI BANDAR KOTA BHARU

Norshabiha Ibrahim, Sharifah Rohayah Sheikh Dawood

Abstract


Institusi pasar bukan sahaja berfungsi sebagai premis kegiatan ekonomi utama kaum wanita di Kota Bharu, Kelantan malah merupakan satu manifestasi keunikan budaya yang dimiliki oleh penduduk tempatan negeri tersebut berbanding negeri-negeri lain. Budaya perniagaan adalah sangat penting dalam melestarikan sesebuah ekosistem perniagaan kerana merupakan sumber pendapatan utama golongan wanita sejak turun temurun. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keunikan budaya perniagaan wanita di Kota Bharu Kelantan sebagai pengusaha produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Keunikan budaya yang dipamerkan oleh perniaga wanita Kelantan adalah tarikan semulajadi kepada pelanggan sama ada dari dalam atau pun luar negara di mana ia memaparkan satu kelainanan dari segi budaya berniaga. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrument soal selidik ke atas 100 orang responden yang terdiri daripada peniaga Pasar. Di samping itu kaedah kualitatif melibatkan 10 orang informan yang ditemubual secara mendalam turut dilaksanakan dengan mengunakan persampelan secara bertujuan melibatkan peniaga pasar, agensi Kerajaan dan swasta seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kelab Keusahawanan Wanita Kelantan (KUWAK), Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN), dan usahawan yang berjaya. Kajian mendapati terdapat dua perbezaan iaitu dari segi keindahan fizikal pasar dan perbezaan dari segi budaya perniagaan yang ditonjolkan oleh peniaga wanita Kelantan sejak turun temurun. Perbezaan tersebut menjadi keunikan budaya wanita Kelantan dan seterusnya dapat melestarikan perniagaan mereke sehingga kini walaupun dihimpit pelbagai masalah ekonomi.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia