FENOMENA SILING KACA DALAM KALANGAN PENOLONG PENGUASA KASTAM WANITA DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA SABAH

Nur Firzana Rosman, Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof

Abstract


Perlu diakui penyertaan golongan wanita dalam sektor pekerjaan semakin meningkat, akan  tetapi tidak banyak wanita yang dapat melepasi halangan untuk memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi. Perkara ini jelas memperlihatkan kewujudan fenomena siling kaca masih berlaku. Kajian telah dijalankan ke atas 60 orang Penolong Penguasa Kastam wanita untuk melihat tahap dan faktor-faktor yang dominan dalam mempengaruhi fenomena siling kaca di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah. Selain daripada melihat konflik kerjakeluarga, kepuasan kerjaya dan hak kesamarataan sebagai faktor yang boleh mempengaruhi fenomena siling kaca, kajian ini turut mengkaji satu faktor baru yang kurang diketengahkan dalam kajian berkaitan fenomena siling kaca  iaitu Perceived Organizational Support (POS). Hasil kajian mendapati tahap fenomena siling kaca yang berlaku di Jabatan Kastam sememangnya tinggi tetapi responden mengambil langkah untuk bertahan disebabkan tempoh fasa berkhidmat masih baru dan majoriti responden masih dalam peringkat membina keluarga kerana telah mendirikan rumah tangga pada usia yang masih muda. Walaupun pada awalnya responden menolak kewujudan konflik kerja-keluarga dalam mempengaruhi fenomena siling kaca, tetapi hasil analisis regrasi mudah menunjukkan konflik kerja-keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi fenomena siling kaca. Tidak dinafikan dwi tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh responden mampu memberi impak terhadap kerjaya mereka

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia