KESAN SUMBER STRES KERJA KE ATAS KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI ANGGOTA PENGUAT KUASA

Jong Jee Leong, Muhammad Idris Bullare@Bahari, Mohd Dahlan A. Malek

Abstract


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui kesan sumber stres kerja ke atas kesejahteraan psikologi anggota penguat kuasa. Bukan itu sahaja, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan sumber stres kerja ke atas autonomi, penguasaan pada persekitaran, pertumbuhan personal, hubungan positif dengan orang lain, matlamat hidup, penerimaan kendiri dalam kalangan anggota penguat kuasa. Kaedah pensampelan berstrata rawak mudah telah digunakan untuk memilih 363 responden dalam kajian ini. Namun demikian, hanya seramai 331 orang responden sahaja yang melengkapkan borang soal selidik. Job Stress Survey (JSS) versi Melayu dan Ryff’s Psychological Well-Being Scale (PWBS) versi Melayu telah digunakan untuk menguji hipotesis dalam kajian ini. Permodelan Persamaan Berstruktur Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS-SEM) digunakan untuk menguji kesan sumber stres kerja ke atas kesejahteraan psikologi dan dimensi-dimensinya dalam kalangan responden. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SmartPLS versi 3.2.8 (versi Profesional). Hasil kajian menunjukkan terdapat kesan sumber stres kerja yang negatif dan signifikan ke atas kesejahteraan psikologi. Dapatan Kajian juga menunjukkan sumber stres kerja mempunyai kesan negatif yang signifikan ke atas penguasaan pada persekitaran dan penerimaan kendiri dalam kalangan anggota penguat kuasa. Justeru itu, pihak atasan perlu mengambil langkah yang sesuai dan berkesan untuk mengurangkan kesan sumber stres dan seterusnya meningkatkan tahap kesejahteraan psikologi dalam kalangan anggota penguat kuasa. Dapatan kajian ini mewujudkan implikasi yang amat penting dan bermanfaat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia dalam usaha untuk melahirkan penjawat awam yang berkebolehan dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dalam dunia perkhidmatan awam.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia