KEBOLEHSAMPAIAN MAKNA BUDAYA KATA NAMA KHAS DALAM XI YOU JI (HIKAYAT JELAJAH KE BARAT)

Cheah Poh Ying, Goh Sang Seong

Abstract


Makalah ini bertujuan mencerakin faktor kebolehsampaian dan ketidakbolehsampaian makna budaya kata nama khas (KNK) daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu. Korpus kajian melibatkan sejumlah 90 KNK yang dikutip secara manual daripada hikayat Xiyouji, dan teks sasarannya, Hikayat Jelajah ke Barat. Kajian ini memanfaatkan himpunan beberapa teori yang dipilih secara eklektik, iaitu definisi KNK yang digagaskan oleh Wang Li (1947) dan Li Rui (2014); pengkategorian makna budaya KNK mengikut takrifan ensiklopedia agama Buddha Zhongguo Fojiao Baike Quanshu (2001), kamus besar agama Taoisme Zhonghua Daojiao Dacidian (1995) dan definisi Li Rui (2014); penentuan ketepatan makna melalui takrifan Larson (1984) dan Newmark (1988). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor kebolehsampaian makna budaya ialah kewujudan elemen budaya dalam jaringan sosiolinguistik bahasa Cina-bahasa Melayu berikutan interaksi antara budaya, kesesuaian teknik terjemahan yang dimanfaatkan, dan makna budaya yang upaya difahami melalui konteks ayat. Faktor ketidakbolehsampaian makna budaya ialah ketidakwujudan makna budaya dalam jaringan sosiolinguistik bahasa Cina-bahasa Melayu, dan perbezaan makna budaya antara sistem pengiraan waktu mengikut kalender lunar dan konsep masa Melayu. Sesungguhnya, penerokaan makna budaya kata nama khas secara keseluruhan dan pengaplikasian teori terjemahan yang tepat adalah mustahak bagi memastikan kebolehsampaian makna budaya kata nama khas ke dalam teks sasaran

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia