PERAK SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN DI ALAM MELAYU SEHINGGA ABAD KE-19

Megat Zulrushdi Fahimudin, Mohd Samsudin, Suffian Mansor

Abstract


Makalah ini membincangkan perkembangan kegiatan ekonomi perdagangan dalam kalangan masyarakat Melayu di Perak sehingga awal kedatangan British pada tahun 1874. Masyarakat Melayu sering kali dikaitkan hanya terkenal dengan kegiatan ekonomi sara diri pertanian dan perikanan sebagai memenuhi keperluan hidup mereka semata-mata tanpa melihat kepentingan ekonomi lain. Makalah ini akan membuktikan bahawa perdagangan juga adalah merupakan satu kegiatan ekonomi yang terpenting bagi masyarakat Melayu di Perak bermula seawal kewujudan kerajaan tua Gangga Nagara di Perak lagi. Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian kualitatif pendekatan sejarah iaitu memberikan tumpuan kepada manuskrip lama negeri Perak iaitu Misa Melayu di samping penggunaan-sumber sekunder tulisan-tulisan sarjana yang berkaitan dengan perdagangan di Perak. Bermula dari tempoh kerajaan awal sehinggalah awal kedatangan British, telah banyak bukti yang telah ditemukan bahawa masyarakat Melayu di Perak telah menjadikan kegiatan perdagangan sebagai aktiviti yang utama. Selain golongan pemerintah dan pembesar yang terlibat dalam kegiatan perdagangan ini, golongan masyarakat lain juga turut terlibat secara aktif menjalankan aktiviti perdagangan bermula sebagai memenuhi keperluan seharian sehinggalah menjadi pembekal untuk sesuatu barangan dagangan. Kegiatan ekonomi perdagangan juga telah membawa kepada permulaan kedatangan pelbagai keturunan masyarakat Melayu daripada Alam Melayu yang hampir kesemuanya adalah bermula dengan menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia