KESEDIAAN PELAJAR TERHADAP KAEDAH PEMBELAJARAN ELEKTRONIK BAGI SUBJEK HUBUNGAN ETNIK

Roslizawati Taib, Chew Wei Wei, Kong Lee Fong

Abstract


Artikel ini bertujuan mengetahui tahap kesediaan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menggunakan kaedah pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) dalam subjek Hubungan Etnik, termasuklah kuliah rakaman atas talian dengan mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepadanya. Kemajuan teknologi maklumat yang pesat pada abad ini, telah menyebabkan berlakunya peningkatan penggunaan internet dengan fungsinya yang tidak bersempadan dalam pelbagai aspek kehidupan. Dunia pendidikan khususnya pendidikan tinggi mula memperlihatkan perkembangan dalam model-model pembelajaran yang berpaksikan teknologi maklumat. Cabaran yang lebih besar perlu digalas bagi subjek-subjek wajib universiti yang sering dianggap sebagai subjek yang tidak penting. Elemen penolakan sejak awal oleh pelajar bagi subjek seperti Hubungan Etnik, telah turut menyumbang kepada wujudnya ketidaksediaan pelajar-pelajar terhadap anjakan baharu ini. Metod yang digunapakai adalah sumber sekunder melalui kajian kepustakaan seperti buku, jurnal, blog, laman web dan bahan ilmiah lain. Selain itu, data juga diperolehi melalui borang kaji selidik yang diedarkan kepada 132 orang pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan pelajar terhadap kuliah atas talian bagi subjek Hubungan Etnik yang ditawarkan dalam bentuk epembelajaran masih rendah, bukan disebabkan mereka tidak mahir dalam aplikasi teknologi, sebaliknya disebabkan oleh kecenderungan mereka terhadap kuliah secara bersemuka (face to face) yang lebih memudahkan proses interaksi dan komunikasi antara pelajar dan pensyarah. Malah, mereka juga tidak terdorong untuk mengakses kuliah secara elektronik atau alam maya disebabkan oleh kurangnya minat terhadap subjek itu sendiri, meskipun belum mula mempelajari dan mengetahui isi kandungan subjek tersebut secara terperinci.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia