PENGARUH FAKTOR PENENTU TINGKAH LAKU PENERIMAAN EDAGANG DALAM KALANGAN USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) DI MALAYSIA

Haizum Ruzana Sahar, Maizatul Haizan Mahbob, Wan Amizah Wan Mahmud

Abstract


Bersesuaian dengan aspirasi Kerajaan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dan mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia, pelbagai usaha telah diperhebatkan bagi meningkatkan lagi penyertaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam dunia eDagang. Bagaimanapun, penglibatan usahawan PKS menerusi perniagaan atas talian dilihat masih lagi kurang memberansangkan. Kemudahan internet tidak digunakan secara optimum oleh golongan PKS untuk meneroka pasaran baharu melalui perniagaan dan pemasaran digital. Ini membuktikan tingkah laku penerimaan PKS terhadap e-Dagang masih lagi rendah dan tidak seiring dengan aspirasi Kerajaan. Berhasilnya perlaksanaan niat dan tingkah laku sebenar adalah didorong oleh sikap positif, bantuan sokongan sosial serta kawalan tingkah laku yang baik. Dengan bersandarkan Model Pemecahan Teori Tingkah Laku Terancang (DTPB) dan berpandukan pemerhatian empirikal iaitu berdasarkan metodologi kajian perpustakaan, kertas konsep ini menghujahkan kekuatan setiap faktor penentu ini dengan lebih terperinci dalam meramalkan tingkah laku penerimaan. Hasil perbincangan mendapati niat dan tingkah laku sebenar usahawan PKS terhadap e-Dagang adalah didorong oleh faktor sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku yang mana didasari oleh sub faktor kepercayaan persepsi faedah, persepsi mudah guna, keserasian, boleh percaya, pengaruh interpersonal, pengaruh luaran, efikasi diri dan suasana dorong. Justeru itu, diharapkan perbincangan ini akan dapat membantu bidang akademik dan praktis dalam memahami fenomena ini selain dijadikan panduan oleh penggubal dasar untuk mengkaji semula ekosistem dan mekanisme e-Dagang negara agar dapat meluaskan lagi penyertaan golongan PKS.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia