KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DALAM KALANGAN ORANG DEWASA BUJANG DAN BERKAHWIN: SATU KAJIAN PERBANDINGAN

Suzana Mohd Hoesni, Siti Marziah Zakaria

Abstract


Kajian tentang kesejahteraan psikologi semakin mendapat perhatian terutamanya setelah bermulanya pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, kajian perbandingan kesejahteraan psikologi yang memfokuskan kepada orang bujang dan berkahwin masih kurang. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbandingan kesejahteraan psikologi dalam kalangan orang dewasa bujang dan berkahwin di Lembah Klang. Kajian ini secara spesifiknya dijalankan dari bulan Disember 2019 dan berakhir pada Februari 2020 sebelum pandemik Covid-19 bermula. Kajian ini merupakan sebahagian daripada kajian yang lebih besar yang mengkaji tentang kerisauan terhadap kematian. Sejumlah 295 orang responden bujang dan berkahwin serta berumur di antara 20 tahun sehingga 67 tahun telah bersetuju untuk terlibat dalam kajian ini. Reka bentuk kajian survei dengan menggunakan soal selidik telah dijalankan. Soal selidik terdiri daripada set soalan tentang ciri latar belakang kajian, punca stres dan kesejahteraan psikologi (makna dalam kehidupan, kemurungan, kerisauan dan stres). Secara keseluruhannya, terdapat perbezaan yang signifikan kesejahteraan psikologi (makna dalam kehidupan, kemurungan, kerisauan dan stres) antara individu bujang dan berkahwin. Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa masalah kesihatan dilaporkan sebagai punca stres yang utama dan dituruti dengan masalah kewangan. Keputusan kajian menunjukkan kepentingan mengambil kira status perkahwinan dalam mendalami isu kesejahteraan psikologi pada masa akan datang. Hasil daripada itu, kajian pada masa akan datang perlu memfokuskan kepada mengkaji aspek dinamik psikologi dalam proses perhubungan rapat seperti perkahwinan yang membawa kepada kesejahteraan psikologi seseorang individu. Selain aspek psikologikal, kesihatan dan kewangan merupakan dua aspek latarbelakang yang dilaporkan terpenting dalam membantu seseorang individu mencapai kesejahteraan psikologi yang optimum dalam menghadapi kehidupan yang sejahtera.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia