KESIHATAN SEKSUAL DAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA BERISIKO

Nasrudin Subhi, Nur Alya Abdul Razak, Rozita Ibrahim

Abstract


Dalam zaman serba moden yang penuh pelbagai cabaran, isu kesihatan seksual dan penggunaan media sosial wajar dikaji terutama dalam kalangan remaja. Kepesatan dalam kemajuan media sosial berupaya membawa kesan kebaikan mahupun keburukan justeru ia bergantung kepada kebijaksanaan si pengguna. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesihatan seksual dan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja berisiko khususnya yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat/ Awam (PPR/ PPA) yang mempunyai program GENIUS Remaja. Kajian ini berbentuk kajian campuran menggabungkan kaedah kuantitatif menggunakan survei dan kaedah kualitatif menggunakan temu bual kumpulan berfokus. Bagi kajian kuantitatif seramai 84 orang remaja terlibat sebagai responden secara sukarela. Mereka merupakan individu yang terlibat menyertai program GENIUS Remaja di kawasan perumahan mereka. Sebanyak empat buat projek perumahan terlibat dalam kajian ini iaitu PPR Pantai Ria, PPR Seri Pantai, PPA Desa Rejang dan PPR Kampung Muhibbah. Responden diberikan satu set soal selidik yang terkandung aspek kesihatan seksual dan penggunaan media sosial. Bagi kajian kualitatif pula seramai lima orang responden telah dipilih berdasarkan markah terendah yang diperoleh menerusi keputusan servei yang dilakukan. Temu bual kumpulan berfokus ini mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit. Analisis kajian menggunakan kaedah deskriptif, inferensi (korelasi Pearson) dan juga analisis tema. Hasil kajian mendapati kedua isu ini iaitu kesihatan seksual dan penggunaan media sosial berada di tahap sederhana dan masih terkawal. Korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan positif yang lemah tetapi signifikan (r = 0.355, p<0.01) di antara penggunaan media sosial dengan kesihatan seksual. Kesimpulannya isu kesihatan seksual dan juga penggunaan media sosial perlu terus dipantau dan diberi perhatian agar remaja berupaya bersifat asertif bagi menjamin kehidupan yang lebih sejahtera di masa akan datang.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia