PENJAGAAN ANAK KURANG UPAYA DI KLANG, SELANGOR: PENGALAMAN HIDUP DAN KRISIS YANG DIALAMI IBU

Shima Dyana Mohd Fazree, Siti Marziah Zakaria, Daniella Maryam Mohamed Mokhtar

Abstract


Kajian ini meneroka pengalaman ibu yang mempunyai anak kurang upaya di Malaysia. Secara khusus, kajian ini dijalankan untuk menilai krisis yang dihadapi oleh para ibu dalam proses membesarkan anak kurang upaya. Ibu seringkali dikenali sebagai penjaga utama kepada anak-anak. Oleh itu, adalah penting untuk memahami perspektif para ibu dalam mengasuh anak kurang upaya. Pendekatan temu bual secara mendalam digunakan ke atas sepuluh (10) orang ibu yang menghantar anak ke “sekolah khas” iaitu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Klang Selatan. Temu bual secara mendalam telah dijalankan untuk meneroka keunikan, cabaran dan pengalaman istimewa para ibu. Satu set 12 soalan separa berstruktur telah digunakan kepada sepuluh informan. Kajian ini dijalankan bermula daripada Januari sehingga Jun 2020 di PDK Klang. Data telah dianalisis secara bertema dan dirumuskan kepada lima (5) tema merangkumi krisis emosi, krisis kewangan, krisis kesihatan, krisis peranan dan krisis penolakan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa menjadi ibu yang mempunyai anak kurang upaya terkait dengan beberapa pengalaman negatif dan krisis. Namun, para ibu bertindak balas terhadap krisis yang dihadapi dengan strategi daya tindak termasuklah kerohanian, sokongan sosial, dan harapan dalam membesarkan anak kurang upaya. Dapatan ini memberi maklumat yang relevan untuk penambahbaikan polisi dan dasar kerajaan. Dasar Sosial Negara perlu lebih peka kepada keperluan anak-anak kurang upaya serta keluarga yang mempunyai anak kurang upaya. Program sokongan juga perlu dipergiatkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya. Agensi berkaitan perlu mengenalpasti keperluan setiap keluarga yang mempunyai anak-anak istimewa ini.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia