PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM DI SABAH TERHADAP UNGKAPAN ASTAGA

Asiah Abas, Noor Fadilah Dawi

Abstract


Penduduk Sabah yang terdiri daripada pelbagai etnik dengan latar belakang dan kebudayaan yang berbeza mendorong mereka untuk pinjam-meminjam bahasa daripada etnik lain sebagai tanda perpaduan bangsa. Pinjaman bahasa ini tidak terbatas dalam satu etnik tetapi merentas kepercayaan beragama. Perkataan astaga merupakan salah satu contoh penggunaan istilah yang digunakan pelbagai etnik di Sabah tanpa mengira agama Islam ataupun bukan Islam. Ungkapan tersebut dianggap terbit daripada singkatan astaghfirullah, iaitu satu frasa yang berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud memohon keampunan daripada Allah. Timbul persepsi dalam kalangan masyarakat Islam bahawa penggunaan astaga akan menjejaskan akidah kerana frasa astaghfirullah atau istighfar yang tidak lengkap akan menjejaskan maksud sebenar ungkapan tersebut. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjelaskan persepsi dan pemikiran masyarakat Islam di Sabah tentang penggunaan astaga dalam ungkapan mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam bentuk peratusan untuk tujuan penganalisisan data, manakala borang soal selidik digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Responden kajian dipilih berdasarkan dua ciri utama iaitu berusia dalam lingkungan 20 tahun sehingga 29 tahun. Dapatan kajian mendapati bahawa ungkapan astaga bukan berasal daripada bahasa Arab yang diringkaskan sehingga dikatakan menjejaskan akidah, tetapi merujuk kepada ungkapan Bahasa Melayu Sabah (BMS) yang digunakan dalam perbualan seharian dengan fungsi yang tertentu.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia