PERANAN AGEN-AGEN SOSIALISASI DOMINAN YANG MEMBENTUK ORIENTASI SEKSUAL INDIVIDU GAY

Mohd Rafizey Dalin, Nur Hafizah Yusoff

Abstract


Agen sosialisasi merupakan faktor utama yang memberikan pengaruh terhadap lelaki gay. Walau bagaimanapun, agen sosialisasi mana yang paling dominan masih lagi menjadi tanda tanya dalam membentuk orientasi seksual seseorang gay. Justeru itu, objektif utama dalam makalah ini adalah untuk meneliti agen-agen sosialisasi yang dominan dalam membentuk orientasi seksual individu gay. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan fenomenologi. Seramai 10 orang informan yang terdiri daripada kalangan belia berumur 20-26 tahun dan masih belajar di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah dipilih sebagai sampel kajian menggunakan kaedah snowball. Data-data yang terdapat dalam kajian ini diperoleh dengan menggunakan kaedah temubual mendalam. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga agen sosialisasi utama yang mempengaruhi orientasi seksual gay iaitu keluarga, rakan sebaya, dan media massa. Kesemua agen-agen sosialisasi ini seterusnya mewujudkan konsep diri tentang orientasi seksual gay dan akhirnya membentuk kesedaran dalam diri sebagai seorang homoseksual. Kesimpulannya, agen-agen sosialisasi memberikan pengaruh secara langsung kepada tingkah laku gay yang terdapat dalam masyarakat moden pada hari ini.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia