HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DENGAN FAKTOR PENDORONG PEMILIHAN KERJAYA DALAM KALANGAN PEKERJA DI SEBUAH SYARIKAT JANAKUASA ELEKTRIK DI JOHOR

Nor Ashikin Jamaludin, Ana Haziqah A Rashid, Siti Rokiah Siwok, Noraini Rusbadrol

Abstract


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara personaliti dengan faktor pendorong pemilihan kerjaya dalam kalangan pekerja di sebuah syarikat janakuasa elektrik di Johor. Kajian ini juga dilakukan untuk mengetahui jenis personaliti yang dimiliki oleh pekerja di janakuasa elektrik tersebut dan faktor yang mendorong pekerja ketika mereka membuat pemilihan kerjaya. Instrumen yang digunakan bagi mengumpul data dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik pertama Self-Directed Search-Form Easy (SDS-E) yang melibatkan enam jenis personaliti iaitu personaliti realistik, investigatif, artikstik, sosial, enterprising dan kovensional. Soal selidik faktor pemilihan kerjaya melibatkan empat faktor iaitu faktor ganjaran, minat, keluarga dan rakan sebaya juga digunakan dalam kajian ini. Sampel bagi kajian ini adalah seramai 97 pekerja yang telah dipilih menggunakan teknik persampelan rawak daripada sebuah syarikat janakuasa elektrik. Kaedah deskriptif secara peratusan dan min telah digunakan dalam kajian ini dan mendapati bahawa personaliti paling dominan yang dimiliki oleh pekerja janakuasa elektrik adalah personaliti sosial dan faktor pendorong pemilihan kerjaya yang paling tinggi adalah faktor keluarga. Analisis kolerasi pearson telah digunakan untuk mengkaji hubungan antara jenis personaliti dengan faktor pemilihan kerjaya. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang negatif (r= -0.048) antara jenis personaliti dengan faktor pemilihan kerjaya. Kajian ini telah memberi satu sudut pandang baru berkenaan hubungan jenis personaliti dengan faktor pemilihan kerjaya terutama dalam kalangan pekerja di syarikat janakuasa elektrik yang mungkin lebih memerlukan kemahiran berbanding personaliti.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia