PENGLIBATAN BELIA DALAM ISU KETAGIHAN BAHAN PORNOGRAFI, KESAN DAN LANGKAH MENANGANI KETAGIHAN

Aleeyah Nur Sabrina Dzuren, Fong Yu Jie, Nik Muhammad Azri Mohd Anuar, Nurul Aliyah Mohd Nadzri, Sussvinderjeet Kaur A/P Manjit Singh, Faizah Mohd Fakhruddin, Fathiyah Mohd Fakhruddin

Abstract


Isu ketagihan pornografi adalah isu yang tidak boleh dipandang ringan kerana ia semakin berleluasa dalam masyarakat. Ketagihan pornografi boleh meningkatkan jenayah seks luar nikah. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi, kesan penglibatan dan langkah menangani isu ketagihan tersebut. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan deskriptif digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Teknik persampelan yang digunakan ialah persampelan mudah atau convenient sampling yang melibatkan belia universiti dan luar universiti yang bersedia terlibat dalam kajian. Seramai 116 orang responden terlibat dalam kajian ini. Soal selidik diedarkan kepada responden menggunakan platform Google Form. Dapatan menunjukkan bahawa penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi berada pada tahap yang sederhana. Seterusnya dapatan menunjukkan kesan utama daripada ketagihan bahan pornografi boleh menjerumuskan diri kepada jenayah seksual. Selain daripada itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa langkah menangani ketagihan bahan pornografi perlu melibatkan pihak kerajaan, institusi pendidikan, ibubapa, insitusi keagamaan dan masyarakat. Kajian ini memberi implikasi penting agar isu ketagihan bahan pornografi dalam kalangan belia wajar ditangani dengan segera dan secara tegas menerusi penggemblengan usaha daripada pihak yang berkaitan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia