POLITIK PENAUNGAN DALAM PILIHANRAYA DI SARAWAK: KAJIAN KES DI DUN N.34 BATANG AI SEMASA PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK KE-11

Neilson Ilan Merat, Anthony Anak Tutong

Abstract


Kajian ini menjelaskan tentang peranan politik penaungan semasa pilihan raya DUN ke-11 Sarawak pada tahun 2016. Kajian ini juga bertujuan untuk membuktikan sama ada unsur-unsur politik lama masih dominan dalam proses politik pada hari ini terutamanya di kawasan pinggiran di Sarawak seperti di DUN N.34 Batang Ai. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan variasi-variasi politik penaungan yang telah digunakan oleh calon untuk mendapatkan sokongan politik semasa pilihan raya. Di samping itu, untuk menganalisis sama ada kegagalan pengagihan RTP dan MRP kepada penduduk setempat memberi kesan kepada sokongan politik. Objektif ketiga ialah untuk menjelaskan tentang hubungan amalan ritual dengan politik penaungan yang selalu digunakan oleh calon semasa pilihan raya di kawasan majoriti Iban. Dalam kajian ini, pendekatan kualitatif digunakan bagi menjelaskan tentang politik penaungan semasa pilihan raya berfokus kepada pilihan raya di DUN ke-11 N.34 Batang Ai pada tahun 2016. Metod lain ialah metod temubual, pemerhatian umum dan pemerhatian turut serta juga telah digunakan. Ketiga-tiga metod ini amat relevan dalam pengumpulan data untuk menjawab objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa landskap politik di kawasan kajian masih lagi dipacu oleh dominasi politik penaungan. Variasi politik penaungan seperti RTP dan MRP, Lawatan Sambil Belajar, Projek Baik pulih Rumah, Tungkus Asi, Pelantikan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat, Ahli Majlis Daerah dan penggunaan Amalan Ritual Miring masih digunakan sebagai alat politik penaungan. Paling ketara ialah penggunaan variasi baharu politik penaungan lokal iaitu Tungkus Asi dan Ritual Miring. Kesemua variasi ini merupakan sebahagian daripada timbal balas mendapatkan sokongan politik semasa pilihan raya.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia