FAKTOR DAN MODUS OPERANDI JENAYAH RAGUT: SATU KAJIAN KUALITATIF

Khairi Anuar Rusli, Nur Hafizah Yusoff

Abstract


Artikel ini menghujahkan tentang penerokaan modus operandi kes ragut kajian menurut perspektif pegawai yang menjalankan soal siasat. Kejadian jenayah ragut di Malaysia amat membimbangkan masyarakat kerana adakalanya mendatangkan kecederaan dan kematian. Fokus utama kajian ini adalah membincangkan faktor-faktor yang mendorong penjenayah ragut melakukan jenayah ragut dan meneliti modus operandi penjenayah ragut. Penelitian dilakukan turut melihat samada terdapat perbezaan modus operandi jenayah ragut yang dilakukan oleh penjenayah pada masa dahulu dan kini. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual semi struktur terhadap pegawai yang menyoal siasat penjenayah ragut. Seramai lima orang pegawai penyiasat yang berpengkalan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang. Kesemua informan mempunyai pengalaman menyoal siasat orang kena tahan (OKT) termasuk mereka yang terlibat dalam jenayah ragut. Analisis tematik digunakan bagi proses menganalisis data. Hasil kajian mendapati bahawa faktor penyalahgunaan dadah amat mempengaruhi penjenayah melakukan jenayah ragut. Manakala penggunaan motosikal merupakan modus operandi yang sangat popular untuk penjenayah melakukan ragut. Tiada perbezaan yang ketara dari segi modus operandi penjenayah dahulu dan kini dalam melakukan jenayah ragut. Maka dengan itu, Polis Diraja Malaysia disarankan untuk mempertingkatkan kecekapan dan kepantasan untuk mengurangkan peluang penjenayah untuk melakukan jenayah ragut. Dengan melakukan strategi yang betul serta penggunaan teknologi canggih mampu mengurangkan jenayah ragut di Malaysia.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia