FAKTOR KESTABILAN FEDERALISME MULTI-ETNIK DI MALAYSIA: SATU EKSPLORASI TEORITIS

Abdul Aqmar Ahmad Tajudin, Muhamad Nadzri Mohamed Noor

Abstract


Ketahanan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan multi etnik terbukti apabila ia berupaya mengekalkan kestabilannya sejak kemerdekaannya pada 1957 tanpa sebarang konflik serius yang menggugat keutuhannya. Namun, selepas Barisan Nasional (BN) buat pertama kalinya tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), timbul semula persoalan perpaduan dan penyatuan Malaysia sebagai sebuah negara federal multi etnik. Ini berikutan dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memperjuangkan reformasi politik seperti kebebasan bersuara, pelantikan jawatan utama kerajaan yang tidak berasaskan etnik, dan penglibatan bukan Bumiputera dalam dasar afirmatif telah menyebabkan timbulnya perasaan bimbang dan tidak puas hati orang Melayu khasnya golongan konservatif terhadap perubahan dan ketidaktentuan yang dibawa oleh dasar-dasar pemerintahan PH. Akibatnya, wujud gelora-gelora ketegangan di dalam hubungan etnik khasnya antara Melayu dan bukan Melayu di Semenanjung Malaysia, ditandai dengan kebangkitan politik identiti dan kemunculan etno-populisme. Dengan menggunakan konsep federalisme dan data sekunder seperti buku, jurnal dan akhbar, perbincangan artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor kestabilan federalisme multi-etnik Malaysia. Hujah utama artikel ini adalah, meskipun hubungan etnik di Malaysia cenderung tegang dan bergelora, namun sistem persekutuannya tetap stabil. Berasaskan perdebatan dan kerangka federalisme di negara-negara pelbagai etnik kontemporari, artikel ini membincangkan lima faktor yang menyumbang kepada kestabilan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan multi-etnik; iaitu kekalnya Melayu/Bumiputera sebagai etnik majoriti dalam persekutuan (Staatsvolk), adanya elemen politik permuafakatan di peringkat pusat, wujudnya parti politik yang bersifat country-wide parties, utuhnya semangat ‘holding together’ dalam kalangan unit-unit persekutuan, dan tradisi kerajaan pusat yang kuat.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia