KEFAHAMAN DAN KESEDIAAN GURU DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA MELAYU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

Chew Fong Peng, Mohamad Adham Kamarulzaman

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kefahaman guru, kesediaan dan juga masalah dalam pengajaran dan pembelajaran bertutur Bahasa Melayu kepada bukan penutur jati. Kaedah campuran, iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 23.0. Kajian ini menggunakan teori Monitor sebagai panduan dalam pengajaran guru Bahasa Melayu bagi sesi pengajaran dan pembelajaran bertutur di dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di daerah Lipis, sekitar Kuala Lipis, Pahang. Kajian ini melibatkan responden daripada kalangan guru dan juga murid yang terdiri daripada 40 orang guru dan 60 orang murid. Hasil kajian mendapati bahawa kefahaman (M= 4.16, SP= 0.57) dan kesediaan (M= 4.58, SP= 0.62) guru-guru bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan adalah tinggi. Ujian korelasi juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kefahaman dan kesediaan guru. Manakala ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara opsyen dengan kesediaan guru. Analisis kesalahan fonologi pula menunjukkan kesalahan sebutan “un gu‟ bagi perkataan “ungu‟ adalah yang paling tinggi (29 kali), manakala perkataan yang paling sedikit kesalahannya adalah “Rabu‟ di mana hanya tiga variasi kesalahan fonologi direkodkan. Cadangan daripada kajian ini adalah latihan kepada guru perlulah dipertingkat bagi membantu mereka mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik, bermutu dan berkesan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia