TANGGAPAN ETNIK MELAYU TERHADAP PAS DAN UMNO DI KAWASAN PARLIMEN KANGAR, PERLIS

Muhammad Marwan M. Shukrimun, Supyan Hussin, Asma Hakimah Ab. Halim, Awang Sariyan

Abstract


UMNO dan PAS dikenali sebagai parti politik orang Melayu. Namun keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) terhadap dua parti ini menunjukkan tahap sokongan merosot agak ketara. Buat pertama kali dalam sejarah negara, BN yang diketuai UMNO tumbang dalam (PRU14). Kerusi PAS juga berkurangan daripada 21 kerusi kepada 18 kerusi. Banyak kerusi yang gagal dipertahankan termasuklah kawasan yang memiliki jumlah pengundi Melayu yang ramai. Artikel ini bertujuan melihat tahap sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO dan PAS. Kajian dilakukan menggunakan kaedah bercampur, iaitu gabungan melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif, melibatkan responden di Parlimen Kangar dan juga pemegang taruh politik dan juga pakar politik negara. Kajian mendapati rata-rata pengundi Melayu masih mengundi parti berteraskan Melayu seperti UMNO dan PAS. Faktor identifikasi parti masih menebal di kalangan pengundi Melayu. Malah sekiranya PAS dan UMNO bekerjasama sebagai sebuah gabungan parti politik, mereka berkemungkinan besar akan menang dalam PRU-14. Walaubagaimanapun, isu-isu yang berbangkit seperti 1MDB dan GST pada PRU-14 turut mempengaruhi sebilangan pengundi Melayu untuk menolak kedua parti tersebut. Kesimpulannya, tanggapan bahawa PAS dan UMNO sebagai parti yang mewakili kepentingan Melayu masih kuat di kalangan pengundi Melayu, namun ia perlu diperhalusi agar mendapat sokongan yang optimum. Kajian lanjut juga perlu dilakukan terutama terhadap pengundi di lapangan yang berbeza.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia