PENGETAHUAN, SIKAP DAN AMALAN BELIA DI LEMBAH KLANG TERHADAP UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Mastura Abd Wahab, Khadijah Muda, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Siti Nor Azhani Mohd Tohar

Abstract


Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan merangkumi peruntukan-peruntukan berkaitan institusi beraja, agama Islam, bahasa Melayu, dan hak istimewa orang Melayu. Namun, kini masih timbul isu pertikaian, penghinaan dan provokasi ke atas unsur-unsur tradisi ini oleh sebilangan rakyat Malaysia. Maka kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan, sikap dan amalan belia terhadap unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan. Kajian ini dijalankan secara keratan rentas dengan pengedaran borang soal selidik ke atas 416 respoden dalam kalangan belia pelbagai etnik secara pensampelan mudah (convenience). Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan, sikap dan amalan belia terhadap unsurunsur tradisi secara keseluruhannya adalah tinggi. Justeru, setiap etnik di Malaysia perlu mengetahui, memahami, menerima dan menghayati sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan unsur-unsur tradisi yang menjadi peruntukan-peruntukan asas dalam perlembagaan tersebut bagi mengukuhkan sifat keluhuran terhadap perlembagaan dan meningkatkan persefahaman antara kaum yang melibatkan isu berkaitan unsur-unsur tradisi ini.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia