Cabaran dan Implikasi Adaptasi Silang Budaya Pembantu Rumah Indonesia (PRI) di Malaysia

Faridah Saad, Abdul Latiff Ahmad, Sabariah Mohamed Salleh

Abstract


Pekerja asing yang bekerja di luar negara sering kali berhadapan dengan cabaran dan kesulitan kerana perbezaan dengan budaya asal mereka. Ini memberi kesan dan implikasi kepada mereka semasa bekerja terutama dalam aktiviti berinteraksi dengan silang budaya. Perbezaan budaya dalam aktiviti komunikasi adalah sukar dan boleh menghalang mesej serta pemahaman makna kepada dua budaya. Justeru makalah ini meneroka cabaran dan implikasi yang di hadapi oleh pembantu rumah Indonesia semasa bekerja di Malaysia. Kajian ini berpandukan pengalaman pekerja asing dalam bidang domestik berdasarkan dapatan kajian-kajian lepas yang menekankan proses penyesuaikan diri memerlukan jangka masa yang panjang terhadap sebuah budaya baharu. Mekanisme kajian melihat cabaran dan implikasi yang wujud semasa bekerja boleh mengganggu tahap prestasi kerja. Kaedah kualitatif menerusi temubual mendalam telah dilaksanakan ke atas tujuh informan terdiri daripada pembantu rumah Indonesia. Hasil kajian mendapati terdapat empat tema berkaitan cabaran dalam komunikasi silang budaya iaitu persepsi, stereotaip, ethnosentrisme dan diskriminasi. Kesemua cabaran ini dilihat menghalang kelancaran mengadaptasi budaya baharu sekaligus membentuk implikasi seperti keresahan, berprasangka dengan budaya baharu, menjadi rendah diri dan sekaligus sukar untuk menyesuaikan diri dengan budaya tersebut. Penulis berpendapat kaedah temubual mendalam ini sesuai untuk meneroka luas pengalaman pekerja asing yang berhadapan dengan cabaran dalam konteks silang budaya pada masa akan datang.

Kata kunci: Adaptasi, diskriminasi, pembantu rumah Indonesia, persepsi, stereotaip

Abstract: The foreign worker who works overseas often faces challenges and obstacles because of their foreign cultures. This place an implication towards them when working, especially during cross-cultural integration. Different cultures in communication make it complicated and further conflict between the understanding of two cultures. Thus, this study explores challenges and implications faced by Indonesian maids working in Malaysia. This research built upon Indonesian maids’ experiences working in the domestic sector based on past finding that focus on the adaptation process to a new culture which may take a long time. This mechanism finds that all the challenges and implication can affect one’s work performance. The quantitative method carried out by interviewing seven participants of Indonesian maids. This research finding is four themes regarding intercultural communication: perception, stereotypes, ethnocentrism, and discrimination. All of these produce challenges in the smooth adaptation of new cultures that as a result, brought implications such as anxiety, prejudice towards new culture, low self-esteem and made the process of adapting to new culture harder. The researcher reckons that this thorough interview is suitable to deeply explore the foreign workers’ experiences that will face the challenges in the intercultural context in the future.

Keywords: Adaptation, discrimination, Indonesian maid, perception, stereotype


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2022.1907.19

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia