Kelestarian Dana Masjid di Negeri Sarawak

Shamsiah Haji Mahli, Zaimuariffudin Shukri Nordin, Shahren Ahmad Zaidi

Abstract


Kelestarian dana merupakan isu penting terutamanya bagi institusi yang bukan berasaskan keuntungan seperti masjid. Dana yang lestari membantu masjid memainkan peranan dan fungsinya yang pelbagai secara berterusan untuk memberi manfaat kepada masyarakat pada masa sekarang dan akan datang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti (i) sumber dana; (ii) aktiviti pengimarahan; dan (iii) perkhidmatan komuniti yang disediakan; serta (iv) meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada kelestarian dana masjid-masjid di Negeri Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes, melibatkan 16 informan yang merupakan Ahli Jawatankusa Pengurusan Masjid. Sebanyak lima buah masjid yang dikategorikan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sebagai masjid yang aktif dengan aktiviti pengimarahan serta mempunyai dana yang lestari dipilih sebagai sampel kajian ini. Kaedah pengumpulan data pula menggunakan kaedah temu bual berstruktur dan penganalisaan dokumen manakala analisis data menggunakan teknik analisis kandungan. Hasil kajian mendapati derma orang ramai melalui kutipan Jumaat, derma berasaskan keperluan dan aktiviti masjid merupakan sumber dana utama bagi masjid-masjid di Negeri Sarawak. Hasil kajian juga mendapati masjid-masjid tersebut aktif melaksanakan aktiviti pengimarahan yang dijalankan secara mingguan, bulanan dan tahunan manakala perkhidmatan komuniti pula merangkumi aspek kebajikan, pendidikan dan sokongan sosial. Kekerapan aktiviti pengimarahan serta perkhidmatan komuniti yang dilaksanakan oleh masjid mendorong jemaah untuk terus menyumbang kepada dana masjid. Kesedaran yang tinggi untuk menderma dalam kalangan masyarakat setempat juga menyumbang kepada perolehan dana masjid. Implikasi kajian menyarankan agar institusi masjid dapat mengusahakan sumber dana lain yang dijana melalui pendapatan dan tidak terlalu bergantung sepenuhnya dengan sumbangan dan derma orang ramai. Aktiviti pengimarahan dan perkhidmatan komuniti yang sedia ada boleh dipelbagaikan dan diperluaskan agar dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada komuniti setempat tetapi umat Islam di Sarawak amnya.

Kata kunci: kelestarian dana, sumber dana, aktiviti pengimarahan, perkhidmatan komuniti

 

Abstract: Sustainability of fund is an important issue especially for non-profit organisations such as the mosques.  Sustainable fund helps the mosques to continuously play their various roles and functions for the benefits of the community at the present time and in the future. The objective of this study is to identify (i) sources of funds; (ii) activities; and (iii) community services provided; as well as (iv) exploring the factors that contribute to the sustainability of the mosques' funds in the State of Sarawak. The study used a qualitative approach with the design of the case study, involving 16 informants who were members of the Management Committee of the mosques selected as samples of this study. The samples comprised of a total of five mosques categorised by the Sarawak Islamic Religious Department (JAIS) as active mosques with religious talks and with sustainable funding. The data collection method uses structured interviews and document analysis, while the data analysis uses content analysis techniques. The results of the study showed that public donations through Friday collections, and donations based on mosque needs and activities are the main sources of fund for mosques in Sarawak. The results of the study also showed that these mosques implement activities on regular basis, either weekly, monthly or annually, while community services include aspects of welfare, education and social support. The frequency of activities and community services carried out by the mosques encourage the congregations to continuously contribute to the mosques’ fund. The high awareness on donation among the local community also contributes to the mosques’ fund. The implication of the study suggests that the mosques as an institution must work on getting other sources of funds which can be generated through income so as not to rely too much on donations from the public. Existing outreach and community services activities can also be diversified and expanded to benefit not only the local community but Muslims in Sarawak in general.

Keywords: sustainable fund, fund resources, mosque activities, community services

References

Adnan, A. A., & bin Mohamad, M. T. (2017). Corak perbelanjaan dana masjid negara dan Masjid Al-Ghufran: Analisis perbandingan ke arah penjanaan ekonomi. Lembaga editorial, 63.

Al-Jayyousi, O. R. (2012). Islam and sustainable development. Gowe Publishing.

Ahmad, J., Ahmad, S., Abd Majid, M., & Wahid, H. (2001). Dana dan harta masjid di Malaysia: Ke arah pengurusan strategik. In National Workshop on Capacity Building Towards Excellance in Econ. Research & Policy Formulation di UUM (pp. 23-24).

Amree, M. K. (2014). Satu kajian di Masjid Almuttaqin Wangsa Melawati. In Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (pp. 72-79).

Azizan Baharuddin. (2017). Science for sustainable development: some ideas on concepts and definition from the Islamic perspective in Azrina Sobian & Muhammad Husni Mohd Amin (Eds.), Science for sustainable development is Islamic and Interfaith Perspectives (pp. 11-15). IKIM

Azmi, N. A., & Kandar, M. Z. (2019). Factors contributing in the design of environmentally sustainable mosques. Journal of Building Engineering, 23, 27-37.

Baharudin, N. A., & Ismail, A. S. (2014). Communal Mosques: Design functionality towards the development of sustainability for the community. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 153, 106-120.

Borhan, J. T., & Sa’ari, C. Z. (2002). Pembangunan Ekonomi Masjid. [Paper Presentation] Seminar Pembangunan Masjid, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Bujang, S., Omar, S. A., & Ali Hasan, A. R. Pengkelasan Aktiviti Pengimarahan Masjid Di Negeri Sarawak. Prosiding Koferensi Antarabangsa Islam Borneo, 5, 1–12.

Emas, R. (2015). The Concept of Sustainable Development: Definition and Defining Principles, Florida International University. Brief for GSDR 2015, 1–3.

Eusof, Y. A., Denny, M., Som, A. P. M., Jusan, M. M., & bin Ibrahim, B. (2015). An assessment of green mosque index in Peninsular Malaysia. American-Eurasian Journal of Agricultural & Environmental Sciences, 15, 114-122.

Hidayat, E. R., Danuri, H., & Purwanto, Y. (2018). EcoMasjid: The first milestone of sustainable mosque in Indonesia. Journal of Islamic Architecture, 5(1), 20-26.

Hussin, M. Y. M., Muhammad, F., Razak, A. A., Habidin, N. F., & Mohamad, S. I. S. (2012). Eksplorasi dana kewangan masjid di negeri Perak. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII, 1275.
I
smail, N. A., & Yusoff, M. H. S. M. (2020). Persepsi masyarakat terhadap peranan Masjid menguruskan dana sedekah. International Journal of Social Science Research, 2(3), 1-11.

Jamsari, E. A., Tumiran, S. N., Bakar, K. A., & Arifin, Z. (2010). Peranan dan sumbangan institusi masjid dalam pembangunan masyarakat Melayu-Islam di Singapura: Satu kajian di Masjid Assyafaah, Sembawang. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 31-44.
Jaffar, N., Harun, N. Z., & Abdullah, A. (2020). Enlivening the mosque as a public space for social sustainability of traditional Malay settlements. Planning Malaysia, 18.

Jazeel, M. (2014). Financial Management Practices of Mosques in Sri Langka: An Observation. 4th International Symposium, 0 (December), 544–548.

Maboya, M., & McKay, T. (2019). The financial sustainability challenges facing the South African non-profit sector. The Journal for Transdisciplinary Research in Southern Africa 15(1), 1-10.

Mohd Sarkam, M.K.A., Yasin, R., & Abdul Ghani, S. (2014). Satu Kajian Di Masjid Al-Muttaqin Wangsa Melawati. International Conference on Masjid, Zakat and Waqf, (December), 72–80.

Mohsina, T. M., hmad Basria, N. E. A., Zaina, S. M., & Gheeb, T. K. (2018). Effectiveness of Masjid Lestari program on recycling practices among Bandar Baru Bangi and Semenyih Residents. Jurnal Kejuruteraan, 1(5), 77-82.

Norani, M. N. M., & Abdullah, W. H. (2020). Analisis aktiviti pengajian keagamaan di Institusi masjid-masjid Negeri Melaka. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3(1), 119-129.

Omar, A. R. C., Hussin, M. Y. M., & Muhammad, F. (2017). Perniagaan sosial menerusi aktiviti ekonomi masjid. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 1(1), 39-46.

Omar, H. H., Isa, M. Y., & Yusuff, N. (2015). Pengurusan kewangan dana masjid: satu kajian di Daerah Kubang Pasu, Kedah. International Journal of Management Studies, 22(2), 115-134.

Omar, S. S., Ilias, N. H., Teh, M. Z., & Borhan, R. (2018). Green mosque: A living nexus. Environment-Behaviour Proceedings Journal, 3(7), 53-63.

Ridwanullah, A. I., & Herdiana, D., (2018). Optimalisasi pemberdayaan masyarakat berbasis Masjid. Ilmu Dakwah: Academic Journal for Homiletic Studies, 12(1), 82–98.

Ramli, A. M., Jalil, A., Hamdan, N., Haris, A., & Aziz, M. A. A. (2020). Keperluan Fatwa Pelaburan Dana Masjid Bagi Kelestarian Fungsi Serta Peranan Masjid: Satu Analisa. E-Proceeding : Seminar Antarabangsa Islam dan Sains (SAIS 2020)

Razak, A. A., Hussin, M. Y. M., Muhammad, F., & Mahjom, N. (2014). Economic significance of mosque institution in Perak State, Malaysia. Kyoto Bulletin of Islamic Area Studies, 7(7), 98-109.

Rizv, L. J., & Unissa, S. T. (2015). Comparing Islamic Credo on Sustainable Development with Modern World Doctrines. Journal of Economics and Sustainable Development, 6(18), 21–27.

Sahar, A. F. M., & Abdullah, M. Y. M. (2016). Strategi Pembangunan Ekonomi Masjid As-Salam Sebagai Wasilah Dakwah Kontemporari. In International Conference on Aqidah, Dakwah and Syariah.

Said, J., Mohamed, A., Sanusi, Z. M., & Yusuf, S. N. S. (2013). Financial management practices in religious organizations: Empirical evidence of mosque in Malaysia. International Business Research, 6(7), 111.

Samdin, Z., Mat Zain, M.N., & Abdul Manaf, M.F (2013). Pengurusan Kewangan Masjid di Daerah Jelebu. Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013), Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Latihan KWSP Kajang, 13-14hb November

Tohid, Z., & Rahim, A. A. (2016). Sustainable masjid architecture and public buildings. Environment-Behaviour Proceedings Journal, 1(1), 88-93.

Tristan G. Brown. (2013). Muslim Networks, Religious Economy, and Community Survival: The Financial Upkeep of Mosques in Late Imperial China. Journal of Muslim Minority Affairs, 33(2), 241–266.

Utaberta, N., & Asif, N. (2017). Mosques as Emergency Shelters in Disaster Prone Regions. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 25(July), 207–216.

Wahid, H., Nor, N. G. M., Ahmad, J., & Ahmad, S. (2009). Masjid dan pembentukan modal sosial: Apakah faktor penentu aktiviti masjid. Prosiding Bengkel Penyelidikan Gunaan dalam Ekonomi Islam, 1-9.

Yasoa, M. R., Ghazali, M. S., Alwi, M. A. M., Ab Rahman, A. H., Abdullah, S. S., Abdullah, A. R., ... & Yaacob, M. R. (2019). Fund management-An exploratory case study of several mosques in Kelantan. Research in World Economy. Vol. 10, No. 2; Special Issue, 2019 DOI: 10.5430/rwe.v10n2p53

Yasoa, M. R., Ghazali, M. S., Alwi, M. A. M., Ab Rahman, A. H., Abdullah, S. S., Abdullah, A. R., ... & Yaacob, M. R. (2016). Pengurusan dana pusat ibadah: Kajian eksplorasi kes beberapa masjid di Kelantan. Journal of Education and Social Sciences, 5(1), 155-165.

Zainal, H., Mustaffa, M. F., & Othman, Z. (2019). Zero hunger and sustainable development goals: Model of food bank centre by Lembaga Zakat Negeri Kedah. UMRAN-International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 6(2-2).

 

 


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2023.2002.21

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia