Kemiskinan Digital dalam Kalangan Peniaga di Kawasan Luar Bandar: Suatu Kajian Kes di Kota Belud dan Kudat Sabah

Nur Firzana Rosman, Kee Y Sabariah Kee Mohd Yussof

Abstract


Pandemik COVID-19 yang menular di Malaysia secara tidak langsung telah mempercepatkan penggunaan teknologi digital dalam kalangan peniaga sekitar luar bandar Sabah. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan peniaga wajib mematuhi arahan kerajaan dengan menutup premis jualan mereka. Perkara ini telah menyebabkan peniaga mengalami kerugian dan perlu mencari alternatif bagi meneruskan perniagaan dan memastikan penjanaan pendapatan secara berterusan. Pada masa kini, peranan teknologi digital bukan sahaja mampu mentransformasikan peniaga luar bandar malah mampu membantu peniaga untuk terus bertahan dalam perniagaan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kemiskinan digital yang berlaku dalam kalangan peniaga luar bandar dan menjelaskan halangan yang dihadapi oleh peniaga luar bandar dalam berhadapan isu kemiskinan digital di kawasan Kota Belud dan Kudat, Sabah. Kajian ini telah menemu bual sebanyak enam (6) orang peniaga di sekitar kawasan Kota Belud dan Kudat, Sabah dengan menggunakan kaedah temu bual secara mendalam. Hasil kajian mendapati peniaga luar bandar berhadapan dengan isu kemiskinan dalam kategori kaya digital dan terhubung, ini kerana kesemua informan tidak mempunyai masalah untuk menggunakan teknologi Internet untuk bersosial, mencari informasi terkini, malah ada dalam kalangan mereka yang kerap melakukan transaksi jual-beli atas talian. Namun walaupun semasa PKP para peniaga mengalami kerugian yang sangat besar, tidak banyak daripada kalangan mereka mencuba untuk mengubah landskap perniagaan mereka daripada berniaga secara tradisional kepada atas talian, sedangkan pihak kerajaan memberi banyak bantuan untuk menggalakkan peniaga memasuki perniagaan digital.

Kata kunci: kemiskinan digital, peniaga luar bandar, perniagaan atas talian, Pasar Tamu, Covid-19

Abstract: Indirectly, the COVID-19 pandemic in Malaysia has accelerated the adoption of digital technology among rural Sabah shop owners. In addition, due to the implementation of the Movement Control Order (MCO), retailers must comply with government directives by closing their retail locations. This has resulted in losses for entrepreneurs, who must seek alternatives to continue their operations and ensure continuous revenue generation. Today, the role of digital technology is capable of transforming rural entrepreneurs and assisting them in remaining in business. This study aims to identify digital poverty among rural entrepreneurs and explain the obstacles rural entrepreneurs face in Kota Belud and Kudat, Sabah, as a result of digital poverty. In-depth interviews were conducted with six (6) entrepreneurs in the vicinity of Kota Belud and Kudat, Sabah. The findings revealed that rural entrepreneurs in the digitally affluent and connected category face the issue of poverty, as all informants have no trouble using Internet technology to socialise and find the most recent information. Some of them regularly conduct online shopping transactions. However, even during the MCO, entrepreneurs suffered enormous losses, and few had problems changing their business landscape from traditional to digital, despite the government's efforts to encourage entrepreneurs to enter the digital business.

Keywords: digital poverty, rural entrepreneurs, online business, Pasar Tamu, Covid-19

References

Abdul Hamid, R. (2021). Mendepani pandemik melalui rantaian bekalan secara digital. Dalam Z. Mohd Makhbul, L. H. Osman, & F. Mohamad Hasun (Eds.), Keusahawanan mendepani pandemik Covid-19 (pp. 66-79). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Karim, H. (2019). Media sebagai alat mengartikulasi kesan social exclusion dalam kalangan belia luar bandar. Dalam H. Mohd Noor, H. Adnan, & T. P. R. Syed Hussain (Eds.), Prasarana dan komuniti luar bandar (pp. 65-97). Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Abd Razak, R. H., & Mohd Rusli, N. F. (2022). Pembelajaran secara dalam talian: Tahap kesediaan dan keberkesanan pelaksanaannya kepada pelajar. LSP International Journal, 9(1), 31–43. https://doi.org/10.11113/lspi.v9.18174

Adnan, M. H., & Samuri, N. A. (2019). Pembangunan prasarana dari perspektif pengguna. Dalam H. Mohd Noor, H. Adnan, & T. P. R. Syed Hussain (Eds.), Prasarana dan komuniti luar bandar (pp. 16-31). Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Barrantes, R. (2007). Chapter 2: Analysis of ICT Demand: What is digital poverty and how to measure it? Digital Poverty, 29–53.

Che Senik, Z., & Jamaludin, N. A. (2021). Peluang keusahawanan dalam ranjau pandemik. Dalam Z. Mohd Makhbul, L. H. Osman, & F. Mohamad Hasun (Eds.), Keusahawanan mendepani pandemik covid-19 (pp. 20–35). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Daud, R., & Jagy Ferdhaous, N. (2021). Cabaran perniagaan atas talian terhadap peniaga kecil di daerah Kudat Sabah : Satu kajian kes. Dalam N. S. Saleh & K. A. Mohamad Suhaimy (Eds.), Inovasi sosial pemangkin pembangunan lestari (pp. 103–121). Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Hassan, K., & Siwar, C. (2021). Phase of rural development in Malaysia: Shifting towards human resource development and well-being. Universiti Utara Malaysia.

Jaratin Lily, Sidah Idris, & Abdul Rahman Yaakob. (2021). Covid-19 Pandemic : The intention of Sabah Tamu business operators to stay in the tamu business. Malaysian Journal of Business and Economics, 8(2), 1–6.

Katz, R. (2020). Economic impact of covid-19 Report of an economic experts roundtable. Imc, July, 1–35. https://www.itu.int/dms_pub/itu-d/opb/pref/D-PREF-EF.COV_ECO_IMPACT-2020-PDF-E.pdf

Lekhanya, L. M. (2018, April 4). The digitalisation of rural entrepreneurship. IntechOpen. https://www.intechopen.com/chapters/60145

Mohd Makhbul, Z., Osman, L. H., & Mohamad Hasun, F. (2021). Keusahawanan dalam era pandemik. Dalam Z. Mohd Makhbul, L. H. Osman, & F. Mohamad Hasun (Eds.), Keusahawanan mendepani pandemik covid-19 (pp. 11–19). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rashid, S. M. R. A., Hassan, F., Sharif, N. M., Rahman, A. A., & Mahamud, M. A. (2021). The role of digital marketing in assisting small rural entrepreneurs amidst Covid-19 movement control order (MCO): A case study in Peninsular Malaysia. Academic Journal of Interdisciplinary Studies, 10(4), 70–80. https://doi.org/10.36941/AJIS-2021-0099


Rozmi, A. N. A., Nohuddin, P. N. E., Hadi, A. R. A., Bakar, M. I. A., & Nordin, A. I. (2020). Factors affecting SME owners in adopting ICT in business using thematic analysis. International Journal of Advanced Computer Science and Applications, 11(7), 208–218. https://doi.org/10.14569/IJACSA.2020.0110727

Susanto, A. (2016). Analisis kondisi digital poverty di Indonesia. Jurnal Penelitian Pos Dan Informatika, 6(2), 169. https://doi.org/10.17933/jppi.2016.060204

Talib, A., & Jusoh, H. (2016). Penyertaan komuniti dalam keusahawanan luar bandar di Malaysia. Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Wei, C. Y. (2021, April 9). E-commerce for rural development: A response to covid-19 recovery. United Nations Development Programme (UNDP). https://www.undp.org/malaysia/blog/e-commerce-rural-development-response-covid-19-recovery


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2023.2002.20

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia