Cabaran Penjawat Awam dalam Menyediakan Nafkah kepada Ibu Bapa Tua

Irina Riyanti Muhammad Nur, Khadijah Alavi, Nazirah Hassan, Nur Hasna Che Had, Mohd Shakir Zufayri Shuhaimi

Abstract


Sokongan dan bantuan kewangan daripada anak dewasa adalah sangat penting dalam kelangsungan kehidupan warga emas. Dalam hal ini, penjawat awam turut perlu memikul tanggungjawab menyediakan nafkah kepada ibu bapa tua. Namun demikian, mereka telah berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk menyediakan nafkah tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran penjawat awam dalam menyediakan nafkah kepada ibu bapa tua. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dengan melibatkan informan seramai sembilan orang penjawat awam gred 11 hingga 52 terdiri daripada kaum Melayu dan beragama Islam. Pengumpulan data adalah melalui kaedah temu bual mendalam, pemerhatian dan nota lapangan. Lokasi kajian di beberapa kementerian dan jabatan yang melibatkan sembilan orang informan dalam kalangan penjawat awam. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat dua cabaran yang dihadapi oleh penjawat awam dalam menyediakan nafkah kepada ibu bapa tua iaitu cabaran ekonomi (kos pendidikan anak, kos sara hidup dan perancangan kewangan keluarga) dan cabaran sosial (masalah kesihatan, jangkaan harapan ibu bapa dan keluarga serta kekangan pasangan). Kesimpulan kajian mendapati bahawa setiap cabaran yang dihadapi oleh penjawat awam selaraskan dengan langkah-langkah intervensi yang lebih komprehensif daripada segi dasar, pelaksanaan dan bantuan serta sokongan untuk jangka masa pendek dan panjang bagi mengelakkan sebarang konflik yang boleh menjejaskan produktiviti penjawat awam pada masa hadapan.

Kata kunci : Cabaran, penyediaan nafkah, penjawat awam, ibu bapa tua

Abstract : Adult children's support and financial assistance is crucial to the survival of the elderly. In this regard, civil officials must also shoulder the burden of care their elderly parents. However, they have encountered a number of difficulties in providing the sustenance to the elderly parents. Therefore, the purpose of this study is to investigate the difficulties faced by civil servants in providing sustenance to their elderly parents. Nine Malay and Muslim civil officials in grades 11 to 52 served as informants for this study, which employed a purposive sampling methodology. In-depth interviews, observations, and field notes are used to collect data. The study was conducted across multiple ministries and departments with nine informants who were government servants. According to the study's findings, there are two challenges faced by civil servants in providing sustenance for elderly parents, namely economic challenges (cost of children's education, cost livelihood and family financial planning) and social challenges (health problems, parental and family expectations and partner constraints). The conclusion of this study shows that every challenge faced has been met by civil servants, but more comprehensive intervention measures need to be refined in terms of policy, implementation and long-term assistance and support to avoid any conflict that may affect the productivity of civil servants in the future.

Keywords: Challenges, sustenance, sivil servant, elderly parents

References

Abd Rahman, I., Rusli, M. A., Othman, A.S. & Aziz, A. (2020). Literasi kewangan pekerja sektor awam: Isu dan cabaran. Advanced International Journal of Banking, Accounting and Finance 2(3), 13–25.

Alavi, K. & Sail, R.M. (2010). Peranan wanita Melayu dalam proses penjagaan ibu bapa tua: Dilema dan cabaran dalam era globalisasi. Kajian Malaysia, 28(2), 71–105.

Ali, Suridah & Abdul Aziz, Rahimah and Abdul Mutalib, Mimi Hanida (2017) Penjagaan jangka panjang warga tua: Sukarela atau terpaksa. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, 275-282.

Akinrolie, O., Okoh, A.C. & Kalu, M.E. (2020). Intergenerational support between older adults and adult children in Nigeria: The role of reciprocity. Journal of Gerontological Social Work, 63(5), 478–498.

Aqmin, M., Wahab, A., Shahiri, H.I., Mansur, M., Azlan, M. & Zaidi, S. (2018). Kos sara hidup tinggi di Malaysia: Pertumbuhan pendapatan isi rumah yang perlahan atau taraf hidup yang meningkat? Jurnal Ekonomi Malaysia, 52(2), 117–133.

Asnawi, M. (2016). Tax compliance decision analysis: Audit strategy, audit rate, perceived probability of audit, and taxpayer ethics. Information Management and Business Review, 8(3), 11–21.

Bailey, K.D. (2002). Methods of social research. Free Press.

Braun, V. & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3, 77–101.

Chang, J. & Moon, A. (2008). Korean American elderly’s knowledge and perceptions of elder abuse. Journal of Multicultural Social Work, 6(1–2), 93–115.

Crawford, J. & Irving, C. (2009). Information literacy in the workplace: A qualitative exploratory study. Journal of Librarianship and Information Science, 41(1), 29–38.

Creswell, J.W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Pearson.

Ghazali, Suriati; Musa, Norizan. (2021) The role of children in supporting parents to perform hajj amongst the muslim family. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 14(2), 159-180.

Haliza A. Shukor, Hasnizam Hashim, Intan Nadia Ghulam Khan & Nabilah Yusof. (2019). Tinjauan terhadap keperluan mengadakan peruntukan undang-undang berkaitan nafkah untuk ibu bapa. Persidangan Industri Warga Emas Peringkat Kebangsaan: Menuju Pengurusan Patuh Syariah 2019, 77–82.

Hazlan, N.H., Rhaman, M.A., Alavi, K. & Bharu, K.K. (2019). Meneroka cabaran perantis kerja sosial gerontologi dalam memberi perkhidmatan penjagaan pesakit warga emas kronik : Kajian kes di Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu. Jurnal Wacana Sarjana, 3(1), 1.

Hodges, C. (2017). The financial exploitation and abuse of the elderly. Honors college capstone experience [Thesis Projects]. Paper 684. https://digitalcommons.wku.edu/stu_hon_theses/684

Ismail, R. & Ismail, M.M. (2021). Etika keselamatan dan persepsi untuk di tangkap sebagai peramal pemanduan berisiko dalam kalangan pemandu di putrajaya, 18(6), 59–71.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2020. Laporan Survei pendapatan isi rumah dan kemudahan asas 2019. 3–57. https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=120&bul_id=TU00TmRhQ1N5TUxHVWN0T2VjbXJYZz09&menu_id=amVoWU54UTl0a21NWmdhMjFMMWcyZz09.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatitif. Kursus penyelidikan kualitatif siri 1. Anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Temenggong Ibrahim. Puteri Resort Melaka, 28–29 Mac 2012.

Kalbarczyk, M. (2021). Non-financial support provided to parents in stepfamilies: Empirical examination of European 50+. International Journal of Environmental Research and Public Health, 18(10), 5151.

Khairudin, A. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi kesedaran menangani masalah keberhutangan serius di kalangan penjawat awam di Kuala Lumpur. http://medcontent.metapress.com /index/A65RM03P4874243N.pdf.

Lee, H., Wu, S. & Chui, W. Tak. (2018). Family financial support in income security for older parents in Hong Kong and South Korea. Journal of Chinese Governance 3(4): 376–396. https://doi.org/10.1080/23812346.2018.1522026.

Lee, Y.S. (2017). Is giving or receiving psychologically beneficial to older mothers in South Korea? Importance of marital status. Journal of Women & Aging, 29(2), 137-149.

Md Nor, N.N.F., Abdul Rashid, S.M.R. & Ghazali, S. (2020). Issues of Poverty and financial support resources among the elderly. Sains Humanika, 13(1), 11–18.

Md Nor, Nik Norliati Fitri & Suriati Ghazali. (2016). Peranan anak lelaki sebagai penjaga tama warga tua melayu di luar bandar: Kajian Kes di Daerah Jerantut, Pahang. GEOGRAFI, 4(1), 25-34.

Md Saifullah. (2015). Nafkah keluarga menurut hukum syarak dan di dalam undang-undang keluarga Islam Brunei Darussalam Tahun 1999: 1–20.

Mohd Azam Yahya, Fatimah Nadirah Mohd Noor, Mohd Izzudin Mohd Noor & Nur Zafirah Muhammad Nor. (2020). Amalan pembiayaan peribadi dalam kalangan penjawat awam di Melaka. Jurnal of Ilmi, 10, 1–13.

Mohd. Amim Othman, Rahim, H.A. & Ghani, A.M.A. (2015). Perancangan kewangan dan kesejahteraan kewangan dalam kalangan penjawat awam beragama Islam. Jurnal Pengguna Malaysia, 24, 96–112.

Mohd. H. Zuhri (1992). HR At-Tirmidzi, 614. Tarjamah Sunan At-Trimidzi. https://ia903106.us.archive.org/22/items/etaoin/Tarjamah%20Sunan%20At-Tirmidzi%204.pdf.

Mohd Nassuruddin, A.S., & Raihanah Azahari. (2017). Pembiayaan nafkah ibu bapa: Kajian pelaksanaan di Pasir Mas Kelantan. Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017, 2(2), 12.

Mohideen, F.A. & Khokhlova, O. (2022). Elder financial abuse based on victim–perpetrator relationship as perceived by Asian young adults. Family Relations, 71(4), 1731–1746.

Musthapar, N.F., Hj Azahari, R. & Ahmad, B. (2020). Sakῑnah, mawaddah dan raḥmah dalam perhubungan suami isteri: Analisis literatur. Jurnal Syariah, 28(1), 81–104.

Osman Lisut & Halina Mohd Noor. (2019, Februari 3). Eksklusif: Pastikan anak tak lepas tanggungjawab. Berita Harian Online. https://api.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/527140/eksklusif-pastikan-anak-tak-lepas-tanggungjawab

Patton, M.Q. (2015). Qualitative research & evaluation methods: Integrating theory and practice. Sage Publication.

Pei, Y. & Cong, Z. (2020). Children’s education and their financial transfers to ageing parents in rural China: Mothers and fathers’ strategic advantages in enforcing reciprocity. Ageing and Society, 40(4), 896–920.

Sarnon, N., Ibrahim, F. & Suhaimi, M. (2014). Meneroka pengalaman penjaga dewasa generasi sandwich terhadap aspek sosio-ekonomi keluarga. Jurnal Pembangunan Sosial, 17, 53–69.

Siti Fatimah Salleh & Syh Noorul Madihah Syed Husin. (2014). Analisis amalan pemberian nafkah warga kelainan upaya: Kajian di Taman Rahmat. Journal of Business and Social Development 2(1), 94–103

Syamsul Bahri. (2015). Konsep nafkah dalam hukum Islam. Kanun Jurnal Ilmu Hukum, 17(2), 381–399.

Rajikal, W. (2020, Januari 1). Sumbangan sosial warga emas terhadap komuniti setempat pasca1–13. https://www.researchgate.net/publication/338294440_sumbangan_sosial_warga_emas_terhadap_komuniti_setempat_pasca_persaraan.

Statistik JKM Tahun (2020, Ogos 20). https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/articles&id=U0dpTUVpRXlyYUlFVFFLUmVnUVJUdz09

Tabachnick, B.G. & Fidell, L.S. (2013). Using Multivariate Statistics (6th ed.). Pearson Education.

Taylor, S.J. & Bogdan, R.C. 1984. Introduction to qualitative research methods. Wiley Interscience.

Teh, J.K.L., Tey, N.P. & Ng, S.T. (2014). Family support and loneliness among older persons in multiethnic Malaysia. Scientific World Journal 2014.

Wu, F. (2021). Intergenerational support and life satisfaction of older parents in China: A rural-urban divide. Social Indicators Research. https://doi.org/10.1007/s11205-021-02672-0.

Zakaria, S.M., Mat Lazim, N., & Mohd Hoesni, S. (2019). Life challenges and mental health issues of single mothers: A systematic examination. International Journal of Recent Technology and Engineering (IJRTE), 8(2S10), 48-52.

Zakaria, S. M. Sarnon, N. Omar, F. I. Hoesni, S. M. & Shafurdin, N. S. (2018). Hubungan antara konflik peranan, sokongan sosial dan kesejahteraan emosi wanita dwi-peranan di Lembah Klang. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 5(2), 77-88. http://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/53.

Zulkarnain, N.M. & Ramli, Z. (2020). Perancangan kewangan ke arah perkahwinan dalam kalangan belia. Jurnal Wacana Sarjana 4(2), 1–14.


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2023.2001.22

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia