Persepsi Masyarakat Tempatan Terhadap Isu Buruh Asing dari Aspek Keselamatan: Kajian Kes di Pulau Pinang (Local Community Perceptions of Foreign Labor Issues from a Security Aspect: A Case Study in Penang)

Afira Shafarina Mohamed Shafari, Fatin Umaira Muhamad Azian, Rosmiza Mohd Zainol, Norsafiah Norazman

Abstract


Dalam meniti arus pemodenan, perkembangan dalam pembangunan amat dititikberatkan dari pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial, politik dan juga persekitaran. Kepesatan ekonomi yang berlaku memberi pelbagai peluang pekerjaan bukan sahaja kepada rakyat tempatan tetapi juga warga asing. Situasi ini memdorong ramai warga asing berhijrah dari negara asal untuk bekerja bagi memperoleh pendapatan yang lebih lumayan. Peningkatan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) ke dalam negara Malaysia telah menyebabkan pelbagai masalah timbul dari aspek sosial khususnya aspek keselamatan. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi rakyat tempatan terhadap isu warga asing dari aspek keselamatan serta membincangkan tindakan pihak yang terlibat dalam membanteras masalah yang berpunca daripada warga asing. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kuantitatif digunakan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 150 orang responden yang merupakan penduduk tempatan Pulau Pinang. Hal ini dikatakan kerana, Pulau Pinang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan kajian lebih-lebih lagi apabila ia merupakan antara negeri perindustrian yang banyak menawarkan peluang pekerjaan. Bagi kajian ini, data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences (SPSS). Kajian yang dijalankan ini mendapati bahawa hampir keseluruhan penduduk Pulau Pinang bersetuju bahawa kemasukan warga asing secara berlebihan akan memberi kesan yang negatif kepada keselamatan rakyat. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam membantu meminimumkan masalah yang dihadapi oleh penduduk tempatan mengenai isu warga asing yang mengancam keselematan mereka.

Kata kunci: Keselamatan; buruh asing; persepsi; penduduk tempatan; tindakan

Abstract: In following the trend of modernization, developments in development are emphasized from various aspects including economic, social, political, and the environment. The economic boom that is taking place provides various job opportunities not only for local people but also for foreigners. This situation prompts many foreigners to migrate from their country of origin to work to earn a better income. The increase in the number of illegal immigrants (PATI) in Malaysia has caused various problems from the social aspect, especially the security aspect. Therefore, this study was conducted to identify the local people's perception of the issue of foreigners from the security aspect as well as discuss the actions of the parties involved in combating problems caused by foreigners. To achieve the objectives of this study, the researcher has used a quantitative method by distributing questionnaires to 150 respondents who are residents of Penang. This is said because, Penang is very suitable to be used as a study area, especially when it is one of the industrial states that offer many job opportunities. For this study, the data collected was analysed descriptively using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software. This study found that almost the entire population of Penang agreed that the excessive influx of foreigners would have a negative impact on the people's safety. Therefore, various parties need to join hands in helping to minimize the problems faced by residents regarding the issue of foreigners who threaten their safety.

Keywords: Security; foreign labour; perception; local population; action

References

Abd Mutalib, Z. (2020). Penempatan khas: Majikan disaran capai persetujuan bersama pekerja asing. Berita Harian. https://www.bharian.com.my

Abdul Aziz, A. N. & Saad, S. (2022). Faktor Kebergantungan Industri Terhadap Pekerja Asing di Malaysia. e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities, 19(7).

Abdul Aziz, M. & Mohamad, H. F. (2021, Januari 31). Dasar Kerajaan Pulihkan Ekonomi Negara Diyakini. BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021

Ahmad, Z., Md Darit, S., Ngah, T. K. & Mustaffa, J. (2015). Isu dan Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin dalam Aspek Keselamatan Awam di Malaysia. Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan

Aina, Q. (2023, Disember 27). MTUC Desak Kerajaan Siasat Dalang Pemerdagangan Pekerja Asing. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/641538/berita/nasional/mtuc-desak-kerajaan siasat-dalang-pemerdagangan-pekerja-asing

Aminnuraliff, M. (2023, September 12). Polis Sahkan Motosikal Ditunggang Warga Asing Milik Anggota PDRM. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/278649

Che Hashim Hassan. (2009). Buruh Asing di Malaysia: Trend, kaedah, kesan, masalah dan cara mengatasinya

Daud, R. (2023, Januari 23). Program Rekalibrasi Tenaga Kerja Dilanjut hingga Hujung 2023. Astro Awani, https://www.astroawani.com/berita-malaysia/

Farhan E. & Imang, U. (2020). Kesejahteraan Sosial Masyarakat Bandar di Kawasan Perumahan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(6), 181–192

Hafiz Sohaimi. (2016). Ambil Pekerja Asing: Majikan Harus Bertanggungjawab. BH Online, 20 Februari. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/02/126285

Hamidi, M. (2024). Perkukuh Penguatkuasaan, Akta Dan Pemantauan Tangani Lambakan Warga Asing. Bernama, 13 Februari. https://www.bernama.com/bm/bfokus/news

Hui, L. C. & Chin, Y. W. (2022). Persekitaran Sosial dan Strategi untuk Mengekalkan Kesihatan dalam Kalangan Pekerja Asing Sepanjang Pandemik Covid-19. e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities, 19(7).
Kementerian Dalam Negeri. (2019). Penerbitan Statistik. https://www.moha.gov.my/images

Kementerian Kesihatan Malaysia (2022, April 28). Kemaskini Negeri COVID-19 di Malaysia. https://covid-19.moh.gov.my/terkini-negeri/2022/04/
Majlis Keselamatan Negara (2022, April 24). Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati): “Sigai Dua Segeragai” Berdasarkan Dasar Keselamatan Negara: Elemen Keselamatan Menyeluruh.https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/04/24/pendatang-asingtanpa-izin-pati-

Md Nor, N., Halim, H., Johar, S. S. & Razali, N. A. (2023). Isu Kemasukan Pekerja Asing Terhadap Kesejahteraan Hidup Masyarakat Malaysia. Human Sustainability Procedia, 3, 2, 11-15

Ramli, M. A. (2020, September 5). PATI beri Ancaman kepada Negara. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/99740/berita/jenayah/pati-beri ancaman-kepada-negara

Razlan, M. D. F., Hamzah, I. S., Ramli, M. R. & Triyanto, S. H. (2023). Isu Pekerja Asing di Malaysia pada Era COVID-19: Kajian Kes Tahun 2020-2021. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15, 38-49

Sahdan, Z., Ali, N., & Idrus, S. (2013). Topophobia Wanita Dan Hubungannya Dengan Kejadian Jenayah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Malaysia. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5(2), 93-110

Sanusi, R. M. (2021, Mei 24). Kerajaan Pertingkat Penguatkuasaan Di Sempadan Negara. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/140272/berita/nasional/kerajaan

Saravanan, M. (2022, Oktober 12). Ambil Kira Kesan Negatif Sebelum Lulus Kemasukan Pekerja Asing. BH Online. https://api.bharian.com.my/rencana/minda pembaca/2022

Sofi, N. R. N. M., Wee, S. T., Chen, G. K. & Masrom, M. A. N. (2023). Keberkesanan Penggunaan Garis Panduan Penyediaan Penginapan Pekerja Asing Dalam Sektor Pembinaan. Research in Management of Technology and Business, 4, (2), 337-351


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2024.2104.48

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia