Modal Sosial dan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia Luar Bandar di Kuala Rompin, Pahang (Social Capital and Rural Youth Socioeconomic Empowerement in Kuala Rompin Pahang)
Abstract
Abstrak : Kajian ini meneroka potensi belia luar bandar di Kuala Rompin, Pahang dalam meningkatkan sosioekonomi hidup mereka melalui modal sosial dan pemerkasaan. Fokus diberikan kepada belia yang tidak berhijrah ke bandar walaupun berhadapan dengan kekangan seperti akses pendidikan dan peluang pekerjaan yang terhad. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penglibatan belia dalam aktiviti sosioekonomi, meneroka peranan elemen modal sosial iaitu ikatan, rapatan, dan rantaian serta mendeskripsikan pemerkasaan belia dalam aspek sosial dan ekonomi. Berlandaskan teori strukturasi Giddens dan modal sosial Bourdieu, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual bersama belia yang terlibat dalam aktiviti ekonomi. Informan dipilih menggunakan strategi pensampelan bertujuan dan bola salji. Kajian ini menggunakan analisis data secara tematik, melibatkan tiga langkah utama iaitu memahami data, menyusun kod dan mencari tema. Hasil kajian menunjukkan bahawa elemen modal sosial memainkan peranan yang besar dalam pemerkasaan sosioekonomi belia luar bandar dengan menyediakan rangkaian sokongan, akses kepada peluang, dan memperkukuh daya tahan mereka dalam menghadapi cabaran ekonomi. Selain itu, kajian mendapati bahawa pelbagai usaha pemerkasaan yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan wujud dalam kalangan belia di Kuala Rompin, Pahang, namun tahap penyertaan dan keberkesanan program-program ini masih memerlukan penambahbaikan. Implikasi kajian ini mencadangkan keperluan untuk memperkukuh jaringan modal sosial dalam kalangan belia, meningkatkan keberkesanan program pemerkasaan sedia ada, serta memperluaskan akses kepada peluang ekonomi yang lebih inklusif. Kajian ini diharapkan dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi keterlibatan ekonomi belia luar bandar serta menyumbang kepada pembangunan dasar yang lebih berkesan bagi memperkasa sosioekonomi mereka.
Abstract : This study explores the potential of rural youth in Kuala Rompin, Pahang, to improve their socioeconomic well-being through social capital and empowerment. The focus is on youth who do not migrate to urban areas despite facing challenges such as limited access to education and employment opportunities. The study aims to identify the level of youth involvement in socioeconomic activities, explore the role of social capital elements which are bonding, bridging, and linking as well as to describe youth empowerment in social and economic aspects. This study employs a qualitative approach through interviews with youth engaged in economic activities, selected using purposive and snowball sampling strategies. The study utilizes thematic data analysis, following three main steps: understanding the data, coding, and identifying themes. The findings reveal that social capital elements play a significant role in empowering rural youth by providing support networks, access to opportunities, and strengthening their resilience in facing economic challenges. Additionally, the study finds that various empowerment efforts implemented by government and non-governmental agencies exist among the youth in the study area; however, the level of participation and effectiveness of these programs still require improvement. The implications of this study suggest the need to strengthen social capital networks among youth, enhance the effectiveness of existing empowerment programs, and expand access to more inclusive economic opportunities. This study is expected to provide a deeper understanding of the factors influencing rural youth economic participation and contribute to the development of more effective policies to enhance their socioeconomic potential.
Keywords
Full Text:
PDFDOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2025.2201.32
Refbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia