Tahap Literasi Kecerdasan Buatan Ahli Akademik Bahasa: Kajian di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (The Level of Artificial Intelligence Literacy among Language Academics)
Abstract
Pendekatan pengajaran berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) semakin mendapat perhatian dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia, sejajar dengan pelaksanaan Pelan Tindakan Kecerdasan Buatan (AI) 2026–2030 yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Penguasaan ahli akademik terhadap AI serta keupayaan mereka mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan nilai tambah penting dalam memperkaya pengalaman pembelajaran masa kini. Kajian ini dijalankan bagi menilai tahap literasi AI dalam kalangan ahli akademik bahasa di Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Seramai tujuh puluh dua (72) orang ahli akademik telah terlibat sebagai responden kajian. Satu set soal selidik Artificial Intelligence Literacy Questionnaire (AILQ) dalam versi dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) digunakan bagi menilai empat dimensi utama literasi AI, iaitu pembelajaran berkesan, tingkah laku, kognitif dan etika. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah deskriptif bagi menentukan tahap literasi AI di kalangan ahli akademik bahasa. Dapatan menunjukkan bahawa tahap literasi AI dalam kalangan responden berada pada tahap yang sangat baik, menggambarkan kesediaan tinggi untuk mengintegrasikan AI dalam proses PdP. Namun, dapatan turut menunjukkan bahawa para responden masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan, khususnya dalam mengutamakan perbincangan berkaitan kecerdasan buatan dalam jaringan komunikasi profesional mereka serta dalam memperkukuh penguasaan kemahiran AI pada tahap yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, kajian ini secara keseluruhan menunjukkan bahawa ahli akademik bahasa di FPBU USIM tetap memiliki tahap literasi AI yang tinggi dan berpotensi besar untuk menerapkan pendekatan pengajaran berasaskan AI dalam amalan pedagogi mereka.
Abstract. The Artificial Intelligence (AI)-based teaching approach is gaining increasing attention in Malaysia’s higher education system, in line with the implementation of the Artificial Intelligence Action Plan (AI) 2026–2030 outlined in the Thirteenth Malaysia Plan (RMK-13). The mastery of AI among academics, as well as their ability to apply it in the teaching and learning (T&L) process, serves as a significant value-added element in enriching contemporary learning experiences. This study was conducted to assess the level of AI literacy among language academics at the Faculty of Major Language Studies (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). A total of seventy-two (72) academics participated as study respondents. A bilingual (Malay and English) version of the Artificial Intelligence Literacy Questionnaire (AILQ) was used to evaluate four key dimensions of AI literacy, namely affective learning, behavioural learning, cognitive learning and ethical learning. The data were analysed using descriptive methods to determine the overall level of AI literacy among language academics. The findings indicate that the level of AI literacy among the respondents is very high, reflecting strong readiness to integrate AI into the T&L process. However, the findings also indicate that the respondents still have room for improvement, particularly in prioritising discussions related to AI within their professional communication networks and in strengthening their mastery of higher-level AI skills. Nevertheless, the study demonstrates that language academics at FPBU USIM possess a high level of AI literacy and exhibit strong potential to implement AI-based teaching approaches within their pedagogical practices.
Keywords
Full Text:
PDFDOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2026.2303.30
Refbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia