Tinjauan Awal Faktor yang Mempengaruhi Amalan Pengurusan Kualiti dalam Kalangan Kakitangan Pentadbiran di Universiti Awam : Satu Kajian Rintis (A Preliminary Study on Factors Influencing Quality Management Practices among Administrative Staff in Public Universities: A Pilot Study)

SEAN SEIDIE KUYUBIN, Kee.Y Sabariah Kee Mohd Yussof

Abstract


Amalan pengurusan kualiti adalah satu pendekatan pengurusan yang menekankan kepada proses penambahbaikan berterusan dalam semua aspek operasi sesebuah organisasi. Konsep ini diasaskan oleh International Organization for Standardization (ISO) yang menyediakan kriteria khusus untuk dipatuhi oleh semua organisasi di peringkat antarabangsa. Di Malaysia, Malaysian Standard 1900:2005 telah diperkenalkan bagi mengisi kelompongan yang terdapat pada ISO dan telah digunakan dalam pelbagai sektor termasuk sektor pengajian tinggi. Matlamat utamanya adalah untuk memastikan setiap perkhidmatan disampaikan kepada pengguna dengan cara yang efektif dan berkualiti. Oleh itu, kefahaman pekerja terhadap amalan ini merupakan satu perkara yang amat penting. Maka, kajian ini akan menilai tahap amalan pengurusan kualiti dan mengenalpasti faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi amalan tersebut. Kajian ini merupakan kajian rintis yang melibatkan 30 orang responden dalam kalangan pekerja di bahagian pentadbiran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sabah. Melalui Analisis Deskriptif dan Analisis Regresi Mudah, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap amalan pengurusan kualiti dalam kalangan kakitangan pentadbiran berada pada tahap yang tinggi dan dipengaruhi secara signifikan oleh faktor komunikasi dalam organisasi. Ini mencerminkan bahawa organisasi berupaya mengaplikasikan amalan pengurusan kualiti secara efektif serta mempunyai saluran penyampaian maklumat yang jelas dan berkesan. Keadaan ini menjadi petunjuk penting kepada keberkesanan MS 1900 yang turut mengutamakan nilai kemanusiaan dalam proses pelaksanaan amalan pengurusan kualiti di Universiti Awam. Implikasi kajian ini menuntut pihak pengurusan universiti untuk mengekalkan keberkesanan komunikasi dan mengukuhkan penglibatan pekerja sebagai strategi penambahbaikan kualiti perkhidmatan yang berterusan.

Abstract: Quality management practices are an approach to management that focuses on continual improvement procedures in all operational elements of a business. This concept is based on the International Organization for Standardization's (ISO), which establishes certain requirements that international organizations must follow. In Malaysia, the Malaysian Standard 1900:2005 was established to fill gaps in the ISO framework and has subsequently been adopted in a variety of industries, including higher education. Its major goal is to guarantee that the services provided to consumers are efficient and of good quality. As a result, employees' comprehension of these processes is critical, particularly among administrative personnel. The aim of this study is to investigate the level of quality management procedures and identify the most important element impacting quality management.  The pilot research included 30 administrative workers from Sabah's Public Institutions of Higher Learning. The findings from descriptive and inferential analysis show that administrative personnel have a high degree of quality management practice, which is highly impacted by organizational communication. This highlights how organizations may effectively apply quality management methods when backed by a clear and efficient communication channel. This condition is an important indicator of the effectiveness of MS 1900, which also emphasizes the human values in the effective implementation of quality management practices in public universities. The implication of this study requires university management to maintain effective communication and strengthen employee involvement as a strategy for continuous quality improvement.


Keywords


Amalan Pengurusan Kualiti, Komunikasi, Kakitangan Pentadbiran.

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2026.2303.29

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia