Penglibatan Komuniti Sebagai Sukarelawan dalam Program Kitar Semula (Community Involvement in Recycling Programs Through Volunteering)
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik peranan komuniti sebagai sukarelawan dalam usaha program kitar semula dan pengurusan sisa plastik di kawasan kampong daerah Muallim. Isu pencemaran plastik semakin mendapat perhatian di seluruh dunia, dan kawasan-kawasan tempatan seperti Muallim tidak terkecuali daripada cabaran ini. Walaupun terdapat inisiatif kerajaan dan agensi berkaitan, penglibatan aktif komuniti, terutamanya melalui program sukarelawan, masih merupakan komponen penting dalam memastikan kejayaan usaha pengurangan sisa plastik dan promosi kitar semula. Justeru, satu kajian dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap penglibatan komuniti sebagai sukarelawan dalam inisiatif kitar semula dan pengurusan plastik di kawasan Muallim, mengetahui cabaran dalam kalangan komuniti untuk menwujudkan pasukan sukarelawan dalam program kitar semula dan pengurusan plastik dan menyediakan intervensi berkesan kepada komuniti Muallim dalam menwujudkan sukarelawan alam sekitar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif iaitu melalui borang soal selidik. Seramai 158 orang yang terdiri daripada komuniti yang tinggal di Kampung Ketoyong dan Kampung Simpang Empat telah terlibat dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, komuniti sedia untuk terlibat secara langsung sebagai sukarelawan dalam program-program kitar semula. Namun, cabaran utama yang dikenal pasti adalah kekurangan pengetahuan dan kekangan masa berikutan komuniti juga mempunyai pekerjaan tetap. Secara langsung, kajian ini dapat menyediakan satu intervensi iaitu dengan menubuhkan satu skuad sukarelawan khusus bagi setiap kampung bagi menjayakan pelaksanaan program kitar semula.
Abstract. This study aims to investigate the role of the community as volunteers in recycling programs and plastic waste management efforts in rural villages within the Muallim district. Plastic pollution has become a growing global concern, and local areas such as Muallim are not exempt from this challenge. Despite the existence of initiatives by the government and relevant agencies, active community participation, particularly through volunteer-based programs remains a crucial component in ensuring the effectiveness of plastic waste reduction efforts and the promotion of recycling practices. Previous studies have also focused on environmental aspects however, discussions on volunteer involvement remain relatively limited. Accordingly, this study was conducted to identify the level of community involvement as volunteers in recycling and plastic management initiatives in the Muallim area, to examine the challenges faced by the community in establishing volunteer teams for recycling and plastic management programs, and to propose effective interventions to support the development of environmental volunteers within the Muallim community. This study employed a quantitative research design using a questionnaire survey as the primary data collection instrument. A total of 158 respondents from the communities of Kampung Ketoyong and Kampung Simpang Empat participated in this study. Overall, the findings indicate that the community is willing to participate directly as volunteers in recycling programs. However, the main challenges identified include a lack of knowledge and time constraints, as many community members are engaged in full-time employment. Consequently, this study proposes an intervention in the form of establishing a dedicated volunteer squad for each village to enhance the implementation and sustainability of recycling programs.
Full Text:
PDFDOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2026.2303.05
Refbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia