Penerokaan Cabaran Sosiobudaya Pekerja Komuniti dalam Menangani Kes Penderaan Seksual Kanak-Kanak
Abstract
Penderaan seksual terhadap kanak-kanak merupakan isu serius di Malaysia yang memberi kesan mendalam terhadap perkembangan fizikal, emosi, dan sosial mangsa. Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan peningkatan ketara dengan 2,315 kes dilaporkan pada tahun 2023 berbanding 1,705 kes pada tahun 2022 dan 1,962 kes pada tahun 2021. Data ini menggambarkan kelemahan dalam sistem perlindungan sosial dan institusi keluarga, sekaligus menuntut peranan proaktif pekerja komuniti sebagai agen sosialisasi bagi mengurangkan risiko penderaan seksual terhadap kanak-kanak. Walaubagaimanapun, keberkesanan peranan pekerja komuniti sering terjejas oleh cabaran sosiobudaya serta kekangan sumber. Dalam kajian ini, pendekatan kualitatif diterapkan melalui kaedah kajian kes, dengan pengumpulan data dijalankan menggunakan temu bual mendalam yang melibatkan seramai 15 orang peserta kajian yang dipilih secara bertujuan. Informan terdiri dalam kalangan pekerja komuniti dari pelbagai kawasan di Malaysia, merangkumi pemimpin dan aktivis sosial organisasi bukan kerajaan (NGO), pendidik, serta ahli persatuan. Kaedah analisis tematik digunakan untuk menilai data yang dikumpul, sekaligus mengenal pasti tema utama dan subtema berkaitan cabaran sosiobudaya. Hasil kajian mendapati pekerja komuniti berhadapan dengan tiga cabaran utama, iaitu penerimaan keluarga, stigma sosial, dan tahap kesedaran masyarakat yang rendah terhadap penderaan seksual kanak-kanak. Secara keseluruhan, kajian ini memberikan sumbangan kepada bidang sosiologi keselamatan dan pembangunan dengan memperluas pemahaman tentang peranan pekerja komuniti sebagai agen perubahan sosial dalam konteks perlindungan kanak-kanak. Implikasi kajian turut menekankan keperluan pengukuhan dasar, penyediaan sumber yang mencukupi, dan pembangunan latihan komprehensif bagi meningkatkan keberkesanan pekerja komuniti. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan penting kepada pembuat dasar dan masyarakat dalam usaha melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa penderaan seksual di Malaysia.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Abdul Razak, M. (2020). Penderaan seksual di Rumah Kanak-Kanak JKM: Kajian kes. Social Work Review, 70–85.
Al-Mahmoud, N. (2018). Cultural stigma and sexual abuse in Middle Eastern Societies. Middle Eastern Studies Journal, 45–60.
Brown, J. D., & L’Engle, K. L. (2009). X-rated sexual attitudes and behaviors associated with US early adolescents’ exposure to sexually explicit media. Communication Research, 36(1), 129–151. https://doi.org/10.1177/0093650208326465
Bryman, A. (2012). Social research methods (4th ed.). Oxford University Press.
Chan, L., et al. (2011). Socioeconomic factors and child abuse in Asia. Asian Social Work Journal, 34–50.
Chaudhuri, S. (2017). Patriarchy and abuse in India: Cultural challenges. Indian Journal of Social Sciences, 58–75.
Creswell, J. W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (4th ed.). SAGE Publications.
Demirgören, S., Kaşıkçı, M., & Yılmaz, Ö. (2020). The influence of familial relationships on child sexual abuse reporting: Evidence from Turkey. Journal of Child Sexual Abuse, 29(5), 585–602. https://doi.org/10.1080/10538712.2020.1761234
Fetters, M. D., Curry, L. A., & Creswell, J. W. (2013). Achieving integration in mixed methods designs—Principles and practices. Health Services Research, 48(6pt2), 2134–2156. https://doi.org/10.1111/1475-6773.12117
Finkelhor, D. (1994). Current information on the scope and nature of child sexual abuse. The Future of children, 4(2), 31–53.
Finkelhor, D., Turner, H., & Colburn, D. (2022). Prevalence of online sexual offenses against children in the US. JAMA Network Open, 5(10), e2234471. https://doi.org/10.1001/jamanetworkopen.2022.34471
Geshina, A. (2017). Criminal behavior and child abuse statistics in Malaysia. Police Studies Journal, 95–110.
Gilbert, R., et al. (2009). Burden and consequences of child maltreatment in high-income countries. The Lancet, 368(9553), 68–81.
Goffman, E. (1963). Stigma: Notes on the management of spoiled identity. Prentice-Hall.
Hasimi Muhamad. (2023, Mac 08). 5,350 jadi mangsa jenayah seksual kanak-kanak antara 2017-2022 – Azalina. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/5350-jadi-mangsa-jenayah-seksual-kanakkanak-antara-20172022-azalina-409806
Hasmadi, I. H. A., Muazzam, N. S. M., Lee, N. N. B. M. N., Samat, F., & Muda, T. E. A. T. (2022). Perspektif ibu bapa terhadap pendidikan awal seksual kepada kanak-kanak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(7), e001638. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i7.1638
Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2016). Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. https://jkm.penang.gov.my/index.php/14-dasar/25-dasar-perlindungan-kanak-kanak-negara
Kandiyoti, D. (1988). Bargaining with patriarchy. Gender & Society, 2(3), 274–290. https://doi.org/10.1177/089124388002003004
Kim, J., & Kim, B. (2005). Cultural influences on child sexual abuse in Korea. Journal of Child Sexual Abuse, 14(3), 1–23. https://doi.org/10.1300/J070v14n03_01
Kirby, D., Laris, B. A., & Rolleri, L. (2005). Impact of sex and HIV education programs on sexual behaviors of youth in developing and developed countries. Youth Research Working Paper No. 2. Research Triangle Institute.
Krueger, R. A., & Casey, M. A. (2015). Focus groups: A practical guide for applied research (5th ed.). SAGE Publications.
MacMillan, H. L. (2000). Child maltreatment: what we know in the year 2000. Canadian Journal of Psychiatry, 45(8), 702–709. https://doi.org/10.1177/070674370004500802
Mayer, C.-H., & Vanderheiden, E. (2021). Transforming shame in the pandemic: An international study. Frontiers in Psychology, 12, 651717. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2021.651717
Mekonnen, T. (2024). Child sexual abuse in Ethiopia: Prevalence, perpetrators, and reporting barriers. Child Abuse & Neglect, 150, 106312. https://doi.org/10.1016/j.chiabu.2024.106312
Niza, M. (2011). Keibubapaan dalam komuniti miskin: Kajian kes Terengganu. Malaysian Journal of Social Work, 251–257.
Ramalingam, N., & Alavi, K. (2021). Cabaran pekerja sosial dalam mengendalikan pengurusan kes penderaan kanak-kanak di taska. Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research, 3(1), 99–110.
Ramly, M. (2020). Stigma sosial dalam kes penderaan seksual kanak-kanak di Malaysia: Implikasi terhadap pelaporan dan intervensi. Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam, 14, 45–58.
Rapholo, S. F. (2021). Forensic social workers’ experiences regarding the non-disclosure of sexual abuse during forensic assessments with Black male child victims in South Africa. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 18(9), 69–81.
Rosanida, A., Norhayati, I., Fatimah, Y., & Nor, B. A. K. (2015). Penderaan seksual kanak-kanak. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rozumah, B., & Mansor, A. (2015). Peranan keluarga dalam pembangunan sosial. Malaysian Sociology Review, 9–10.
Sahin, H., Beyaztas, F. Y., & Yildiz, M. (2021). The role of religious education in preventing child sexual abuse: A critical perspective. Journal of Child Sexual Abuse, 30(2), 137–154. https://doi.org/10.1080/10538712.2020.1858710
Salina, N., & Astbury, J. (2011). Halangan organisasi dalam mengendalikan kes penderaan seksual kanak-kanak: Pengalaman profesional Malaysia. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 6(2), 255–272.
Silverman, D. (2013). Doing qualitative research (4th ed.). SAGE Publications.
Suzuki, T. (2019). Gaman and silence: The role of cultural norms in child abuse in Japan. Journal of Asian Studies, 87–102.
UNESCO. (2018). International technical guidance on sexuality education: An evidence-informed approach (Rev. ed.). UNESCO.
UNICEF. (2020). Convention on the Rights of the Child: Training for community workers. UNICEF.
Walsh, K. (2006). Family conflict and child sexual abuse risk in the United States. American Journal of Social Work, 23–45.
Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin. (2024, Februari 28). 110 kes jenayah seksual kanak-kanak bawah 6 tahun dilapor tahun lalu. Buletin TV3. https://www.buletintv3.my/nasional/110-kes-jenayah-seksual-kanak-kanak-bawah-6-tahun-dilapor-tahun-lalu/
DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2026.23031.14
Refbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia