Pemerolehan Klausa Relatif Dalam Kalangan Kanak-kanak Melayu: Satu Kajian Awal

Norsofiah Abu Bakar, Rogayah A. Razak, Lim Hui Woan

Abstract


Kajian awal ini mengkaji perkembangan pemerolehan struktur sintaksis iaitu struktur klausa relatif dalam kalangan kanak-kanak Melayu di Lembah Klang. Objektif kajian adalah untuk menentukan kebolehan penggunaan struktur klausa relatif dalam kalangan kanak-kanak Melayu merentasi dua kelompok umur yang berbeza. Objektif kedua, adalah untuk menentukan sama ada pemerolehan struktur klausa relatif bersifat developmental/ perkembangan berdasarkan peningkatan umur. Di samping itu, kajian ini juga akan menganalisis kesalahan yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut berdasarkan kategori tertentu untuk menunjukkan aspek perkembangan dalam pemerolehan struktur klausa relatif. Enam kanak-kanak dipilih sebagai subjek kajian dan dibahagikan kepada dua kumpulan: kumpulan tadika dan kumpulan sekolah rendah tahap satu. Data dikutip melalui dua cara utama – (i) aktiviti padanan ayat-gambar untuk menguji kebolehan pemahaman struktur klausa relatif  (ii) aktiviti Pilihan Gambar dan Huraian Gambar untuk menguji kebolehan penghasilan klausa relatif. Kedua-dua jenis ujian  ini merangkumi dua struktur klausa relatif iaitu struktur klausa relatif subjek (KRS) dan klausa relatif objek (KRO). Dapatan kajian memperlihatkan tidak terdapat  perbezaan yang signifikan antara kumpulan subjek tadika dan kumpulan subjek sekolah rendah bagi kebolehan kefahaman klausa relatif tetapi wujud perbezaan yang signifikan antara kumpulan bagi kebolehan penghasilan klausa relatif. Kebolehan kumpulan subjek tadika dalam menghasilkan struktur KRO adalah agak terhad. Sementelah, struktur KRO juga belum sepenuhnya dikuasai oleh kumpulan subjek sekolah rendah. Ini bermaksud bahawa struktur KRO didapati agak lewat diperoleh dan perkembangannya masih berterusan sehingga kanak-kanak berusia melampaui umur 9 tahun. Walau bagaimanapun, skor min subjek didapati meningkat sejajar dengan peningkatan umur. Dapatan analisis kualititatif menunjukkan subjek menggunakan strategi pemudahan ayat dan strategi penggantian. Didapati kumpulan subjek menggunakan dua variasi bahasa Melayu: subjek tadika cenderung menggunakan variasi bahasa Melayu kolokial berbanding kumpulan subjek sekolah rendah yang cenderung menggunakan variasi bahasa Melayu standard dan dikotomi ini dengan ketara mempengaruhi prestasi mereka di dalam aktiviti yang dijalankan.

 

DOI: http://doi.org/10.17576/gema-2016-1603-10


Keywords


kebolehan sintaksis; klausa relatif; bahasa Melayu; pemerolehan bahasa; kanak-kanak Melayu

Full Text:

PDF

References


Adani, F., van der Lely, H. K. J., Forgiarini, M., & Teresa, M. (2010). Grammatical Feature Dissimilarities Make Relative Clauses Easier : A Comprehension Study with Italian Children. Lingua. 120(9), 2148-2166.

Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir (Edisi Kelima). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Belletti, A., Friedmann, N., Brunato, D., & Rizzi, L. (2012). Does Gender Make a Difference? Comparing the Effect of Gender on Children’s Comprehension of Relative Clauses in Hebrew and Italian. Lingua. 122(10), 1053-1069.

Borer, H., & Wexler, K. (1987). The Maturation of Syntax. Dlm. Roeper, T., & Williams, E. (pnyt.). Parameter-Setting and Language Acquisition (hlm. 123-172). Reidel, Dordrecht: The Netherlands.

Clark, E. (1993). The Lexicon in Acquisition. Cambridge: Cambridge University Press.

Contemori, C., & Garraffa, M. (2010). Comparison of Modalities in SLI Syntax: A Study on the Comprehension and Production of Non-canonical Sentences. Lingua. 120, 1940-1955.

Diessel, H., & Tomasello, M. (2000). The Development of Relative Clauses in Spontaneous Child Speech *. Cognitive Linguistics. 1/2(11), 131-151.

Diessel, H., & Tomasello, M. (2005). Linguistic Society of America A New Look at the Acquisition of Relative Clauses. Language. 81(4), 882-906.

Fluck, M. J. (1978). Comprehension of Relative Clauses by Children Aged Five to Nine. Language and Speech. 21(Part 2), 190-201.

Friedmann, N., Belletti, A., & Rizzi, L. (2009). Relativized Relatives: Types of Intervention in the Acquisition of A-bar Dependencies. Lingua. 119(1), 67-88.

Friedmann, N., & Costa, J. (2010). The Child Heard a Coordinated Sentence and Wondered: On Children’s Difficulty in Understanding Coordination and Relative Clauses with Crossing Dependencies. Lingua. 120(6), 1502-1515.

Friedmann, N., & Novogrodsky, R. (2004). The Acquisition of Relative Clause Comprehension in Hebrew: A Study of SLI and Normal Development. Journal of Child Language. 31(3), 661-681.

Guasti, M. T. (2002). Language Acquisition The Growth of Grammar. Cambridge: The MIT Press.

Håkansson, G., & Hansson, K. (2000). Comprehension and Production of Relative Clauses: A Comparison between Swedish Impaired and Unimpaired Children. Journal of Child Language. 27, 313-333.

Leonard, L. B. (1998). Children with Specific Language Impairment. Cambridge: MIT Press.

McKee, C., McDaniel, D., & Snedeker, J. (1998). Relatives Children Say. Journal of Psycholinguistic Research. 27, 573-596.

Natalie Hsu, C. C., Hermon, G., & Zukowski, A. (2009). Young Children’s Production of Head-final Relative Clauses: Elicited Production Data from Chinese Children. Journal of East Asian Linguistics. 18, 323-360.

Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, & Mahmood, A. H. (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norhaida Aman. (2007). The Acquisition of Malay Wh-Questions. Muenchen: LINCOM GmbH.

Novogrodsky, R., & Friedmann, N. (2006). The Production of Relative Clauses in Syntactic SLI: A Window to the Nature of the Impairment. International Journal of Speech-Language Pathology. 8, 364-375.

Ooi, C.W. C., Wong, M.Y. A., Ooi, C. C., & Wong, A. M. (2012). Assessing Bilingual Chinese-English Young Children in Malaysia using Language Sample Measures. International Journal of Speech-Language Pathology. 14(6), 499-508.

Radford, A. (2009). Analysing English Sentences A Minimalist Approach. Cambridge: Cambridge University Press.

Stark, E. R., & Tallal, P. (1981). Selection of Children with Specific Language Deficits. American Journal of Speech-Language Pathology/American Speech-Language-Hearing Association. 46(May), 114-122.

Salehuddin, K. & Winskel, H. (2012). Malay Numeral Classifier Usage In Caretaker-child Talk. GEMA Online® Journal of Language Studies. 12(1), 89-104.

Tallerman, M. (1998). Understanding Syntax. London: Arnold.

Tavakolian, S. L. (1981). The Conjoined-Clause Analysis of Relative Clauses. In S. L. Tavakolian (Ed.). Language Acquisition and Linguistic Theory. Cambridge: The MIT Press.

Woon, C. P., Yap, N. T., Lim, H. W., & Wong, B. E. (2014). Measuring Grammatical Development in Bilingual Mandarin-English Speaking Children with a Sentence Repetition Task. Journal of Education and Learning. 3(3).

Yeoh Chiang Kee. (1983). The Accessibility Hierarchy and Restrictive Relative Clauses in Bahasa Malaysia/Indonesia. Jurnal Persatuan Linguistik. 1 (1), 78-99.

Zainal Abidin Ahmad. (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021