Tahap Literasi Dalam Bahasa Inggeris Di Kalangan Belia Di Institut Belia Kebangsaan
Abstract
Kertas in melaporkan dapatan kajian yang telah dijalankan ke atas belia Malaysia di satu Institut Latihan Vokasional. Maupun matlamat keseluruhan kajian adalah untuk mengkaji tahap kompetensi bahasa (BahasaMelayu dan Bahasa Inggeris) dan kemahiran literasi belia berbandingkan dengan kemahiran literasi yang diperlukan bagi menangani cabaran abad ke 21, skop artikel ini hanya tertumpu kepada pengajaran Bahasa Inggeris di institut vokasional berkenaant sebagai satu kes kajian. Ianya mengkaji sejauh mana kurikulum Bahasa Inggeris menyediakan belia vokasional supaya berdaya saing dalam penggunaan Bahasa Inggeris di era global ini, dan menunjukkan perbezaan antara tahap dan jenis kemahiran literasi bahasa yang dilatih dengan keperluan kemahiran yang diperlukan untuk kebolehpasaran. Peserta kajian merupakan belia yang telah gagal menyambung pendidikan di institusi pengajian tinggi awam, sebaliknya telah memasuki program latihan kemahiran anjuran pihak kerajaan di Institut Latihan Vokasional Malaysia. Data kajian telah dikumpul melalui soal selidik, temuduga dan analisis dokumen atau isian. Dapatan kajian keseluruhannya pula menunjukkan bahawa golongan belia yang dikaji tidak memperolehi kemahiran berbahasa Inggeris dan kemahiran berkomunikasi bagi mengakses dan menganalisa makluman ditahap yang diperlukan dalam era ICT dan global kerana mereka kurang menguasai kompetensi linguistik dan komunikasi. Tambah lagi, dapatan menunjukkan mereka tidak menguasai kemahiran literasi kritikal yang diperlukan bagi mengakses makluman secara bermakna dan berkesan yang boleh menjadikan mereka lebih berdaya saing. Kebanyakan daripada belia kajian menyatakan bahawa mereka berasa terasing dalam aspek intellektual, sosial dan budaya kerana tidak dapat mengamati ilmu serta kemahiran yang diperlukan, termasuk kompetensi linguistik, penggunaan bahasa, isian yang relevan dan jenis kemahiran literasi kritikal. Berasaskan dapatan ini, suatu rombakan semula kepada silibus Bahasa Inggeris dalam program vokasional ini disarankan dengan memperkenalkan kurikulum literasi Bahasa Inggeris yang berkerangkakan pendekatan pedagogi refleksif dan berorientasikan pembelajaran pluriliterasi.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Ambigapathy, P. (1999). Global literacy vision revisions and vistas in education. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Cope, B. & Kalantzis, M. (2005). Learning by design. Australia: Common Ground Publications.
Commonwealth Youth Ministers Meeting. (2003). Commonwealth youth program, strategic plan 2003-2006. Gaborone, Botswana. 27-30 May.
Dasar Pembangunan Belia Negara. (1997). Kementeria Belia dan Sukan Malaysia..
Hazita Azman. (2006). English language in rural Malaysia: Situating global literacies in local practices. 3L Journal of Language Teaching, Linguistics and Literature, 11, 99-120.
Hazita Azman, Siti Hamin Stapa, Jamilah Mustafa, Tg Nor Rizan Tg Mohd Maasum,
Kalthum Ibrahim, Zaini Amir, Norwati Md Yusof, & Noraza Zabidi. (2007). Peranan Pusat E-Komuniti terhadap pembangunan kemahiran e-literasi dikalangan warga belia luar bandar. Kertas persidangan kolokium e-komuniti, Pusat Kecemerlangan e-Komuniti, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM.
Kementerian Sumber Manusia, (1993). Jabatan Kemahiran Pembangunan, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
Koo Yew Lie. (2007). The Politics of Cultural Production and Meaning-making in ELT: Exploring A Reflexive Pedagogy of Pluriliteracy in Higher Education (HE). Cited
in Zailan Moris, Hajar Abdul Rahman & Shakila Abd. Manan (Eds). Higher education in the Asia Pacific:Emerging trends in teaching and learning (pp. 234-257). Penang: IPPTN and (USM) Press.
Koo Yew Lie & Hazita Azman. (2006). Language and communication literacies: Transforming Malaysian youth @ 21st century through vocational training prog-rammes. Laporan Akhir Projek Penyelidikan. UKM. Penyelidikan IPPBM-KBS/1/00/0016-6.
Koo Yew Lie, Kell, P., & Wong Fook Fei. (2006). Situating language and literacy: Theory and practices @ 21st century. (pp. 1-12). School of Language Studies and Linguistics/PPBL. Bangi: UKM.
Koo Yew Lie, Lee King Siong, Hazita Azman, & Noorizah Mohd Noor (eds). (2007). New times, new literacies: Transforming realities in ELT for local-global learning and citizenship. In Transforming learning realities in the ELT world. 13-20. Malaysia: Pearson Publications.
P21-Partnership For 21st Century Skills. (2004), Framework for 21st century learning, Eluminategroup, Tuscon, Arizona. (Online) Retrieved 14 July 2009, from http://www.21stcenturyskills.org
Ramlee Mustapha, Ruhizan Mohd. Yasin, & Hamdan Mohd Ali. (2003). Integrasi Akademik dan Vokasional : Rasional dan Cabaran. Jurnal Pendidikan, 28, 77-90.
The New London Group. (1996). A pedagogy of multiliteracies: Designing social futures. Harvard Educational Review, Vol. 66, (1), 60-92.
Unit Jabatan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, Putrajaya, Malaysia.
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). (2006). (Online) Retrieved 14 July 2009, from http://www.unesco.org/en/youth.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2550-2131
ISSN : 1675-8021