Penelitian Gaya Bahasa Perbandingan dalam Syair Dagang Adanya Karya Sheikh Hamzah Fansuri (The Study of Comparative Figures of Speech in the Poem Syair Dagang Adanya by Sheikh Hamzah Fansuri)

Mohd Muhaimi Abd. Rahman, Zubir Idris, Muhd Norizam Jamian

Abstract


Kebanyakan kajian tentang kepenyairan Sheikh Hamzah Fansuri lebih tertumpu kepada aspek keagamaan dan ketuhanan, sementara aspek bahasa masih belum dilakukan oleh mana-mana sarjana terutama yang melibatkan manuskrip Syair Dagang sehingga menimbulkan kelompongan kajian yang ketara. Makalah ini mengetengahkan persoalan relevan seperti identifikasi gaya bahasa, manipulasi bahasa tersebut dan keberkesanan yang terhasil daripada manipulasi berkenaan. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan menggunakan metode kajian analisis kandungan. Syair Dagang Adanya (MSS 3160) merujuk kepada tajuk manuskrip yang digunakan dalam kajian ini, manakala perkataan “Syair Dagang” merupakan istilah umum yang biasa digunakan oleh sarjana lepas yang merujuk kepada karya Sheikh Hamzah Fansuri. Model Gaya Bahasa oleh Henry Guntur Tarigan digunakan sebagai kerangka analisis dengan tumpuan terhadap gaya bahasa perbandingan yang terdiri daripada empat bentuk, iaitu; (1) perumpamaan; (2) metafora; (3) personifikasi; dan (4) antisipasi. Gaya bahasa perbandingan merujuk kepada kedudukan perbandingan dan juga keseimbangan dalam penghasilan puisi. Analisis mendapati Sheikh Hamzah Fansuri memanfaatkan keempat-empat bentuk tersebut dalam syairnya. Selain menggunakan perumpamaan sedia ada, beliau mencipta perumpamaan baharu lantas memperkenalkan kelainan yang segar dan bertenaga, sekali gus menghasilkan makna tambahan yang dihadirkan oleh kelainan tersebut. Metafora pula dimanipulasi dengan menempatkan bahasa biasa dalam konteks baharu untuk membolehkan bahasa tersebut menggugurkan makna lazimnya sejajar menyerap makna baharu, dengan itu memperluaskan makna syairnya. Pemanfaatan personifikasi pula membolehkan objek untuk membikin makna, membina suasana serta menyampaikan mesej selain memperluaskan cakupan syair untuk meneroka isu-isu sensitif atau terlarang. Penerapan bentuk antisipasi pula mampu mendahului atau menduga sesuatu untuk melebarkan jangkauan puisinya apabila gambaran realiti masa kini dan masa depan dihadirkan secara serentak, di samping mengungkapkan mesej syairnya. Kajian sistematik ini diharap dapat mencambahkan kajian-kajian sarjana tentang penggunaan gaya bahasa perbandingan dalam Syair Dagang.

 

Kata kunci: Gaya bahasa perbandingan; Henry Guntur Tarigan; manuskrip, Sheikh Hamzah Fansuri; Syair Dagang Adanya

 

ABSTRACT

 

Most studies on the poetry of Sheikh Hamzah Fansuri are focused on religious and divine aspects, while the linguistic aspect has not been thoroughly explored by any scholars, especially those involving the Syair Dagang manuscript, leading to a noticeable gap in the research. This paper addresses relevant issues such as the identification of linguistic styles, manipulation of language, and the effectiveness resulting from such manipulation. This qualitative study employs literature review methods and content analysis of the manuscript Syair Dagang Adanya with catalogue number MSS 3160. The Stylistics Model by Henry Guntur Tarigan is used as the analytical framework, focusing on the comparative stylistic elements consisting of four forms, namely; (1) simile; (2) metaphor; (3) personification; and (4) anticipation. Comparative stylistic elements refer to the position of comparison and balance in poetry production. The analysis finds that Sheikh Hamzah Fansuri utilizes all four forms in his poetry. In addition to using existing similes, Sheikh Hamzah Fansuri creates new similes, introducing freshness and vigour, thereby producing additional meaning brought about by these variations. Metaphors are manipulated by placing ordinary language in a new context to enable the language to shed its usual meaning, align with new meanings, thus expanding the meaning of his poetry. The use of personification allows objects to create meaning, build atmosphere, convey messages, and expand the scope of the poetry to explore sensitive or forbidden issues. The application of the anticipation form can anticipate or predict something to broaden the scope of his poetry when presenting the realities of the present and future simultaneously, while conveying the message of his poetry. This systematic study is expected to contribute to scholarly research on the use of comparative stylistic elements in Syair Dagang Adanya.

 

Keywords: Comparative figures of speech; Henry Guntur Tarigan; manuscript; Sheikh Hamzah Fansuri; Syair Dagang Adanya


Keywords


Gaya bahasa perbandingan; Henry Guntur Tarigan; manuskrip, Sheikh Hamzah Fansuri; Syair Dagang

Full Text:

PDF

References


Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Diah Budiani. (2023). Penggunaan Gaya Bahasa dalam Puisi Langit Air Langit Basah Karya H. Akhmad T. Bacco. J-CEKI:Jurnal Cendekia Ilmiah. 2(5), 427-433.

Fariqul Haq Tengku & Khazriyati Salehuddin. (2020). Pembacaan ungkapan literal dan metafora Melayu: satu kajian penjejakan mata. GEMA Online® Journal of Language Studies. 20(2), 18-35.

Haedariah, H., Alan, & Anggun Kasmarita. (2023). Analisis Gaya Bahasa pada Lirik Lagu dalam Album “Manusia” Karya Tulus. Jurnal Kajian Penelitian Pendidikan dan Kebudayaan. 1(2), 143-155.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Miftahul Ilmi. (2021). Gaya Bahasa dalam Syair Ikhtari Karya Nizar Qabbani: Studi Stilistika. ALSUNIYAT: Jurnal Penelitian Bahasa, Sastra dan Budaya Arab. 4(2), 167-181.

Mohd Muhaimi Abdul Rahman & Salmah Jan Noor Muhammad. (2019). Pengalaman Pengembaraan dalam Syair Dagang Adanya (MSS 3160). Jurnal Filologi Melayu. 26.

Mohd Muhaimi Abdul Rahman & Salmah Jan Noor Muhammad. (2023). Syair Dagang: Sufisme Hamzah Fansuri. The International Symposium Rentasia 2023. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.

Mohd Saberi Muda & Mas Rynna Wati Ahmad. (2019). Eko-Kritik dalam Puisi Melayu. Akademika. 89(Isu Khas), 29-39.

Muhammad Zanika Esa Putra. (2023). Analisis Gaya Bahasa pada Puisi “Doa” Karya Chairil Anwar. Jurnal Multidisiplin Indonesia. 2(3), 151-155.

Muharam Awang & Shaiful Bahri Md. Radzi. (2020). Indah Lagi Mengasyikkan: Gaya Bahasa Pertautan Usman Awang dalam Puisinya. International Journal of the Malay World and Civilisation. 8(3), 33-42.

Muharam Awang & Zubir Idris. (2023). Analisis Kritis Gaya Bahasa Perbandingan Puisi Usman Awang. Akademika. 93(1), 205-218.

Nazri Atoh & Zubir Idris. (2013). Simile sebagai Kesantunan Berbahasa dalam Syair Siti Zubaidah. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature. 4(1), 78-95.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2020). Objek dalam Metafora dan Akal Budi Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. 13(2), 199-222.

Nur Hikmahtul Aiman Kamarulzaman & Muhd Norizam Jamian. (2023). Keindahan luaran Gurindam Jiwa Penawar Duka dari perspektif Puitika Sastera Melayu. Jurnal Melayu Isu Khas, 152-166.

Shaiful Bahri Md. Radzi. (2019). Kebitaraan Peribahasa Melayu dalam Komunikasi. Akademika. 89(Isu Khas/Special Issue), 139-149.

Siska Erlina Simamora, Paul Diman, Yuliati Eka Asi, Albertus Purwaka & Nirena Ade Christy. (2023). Gaya Bahasa Metafora dalam Novel Konspirasi Alam Semesta karya Fiersa Besari. Prosiding Seminar Nasional Pendidikan, Bahasa, Sastra, Seni dan Budaya (Mateandrau). 2(1), Mei,

Universitas Palangka Raya.

Suziana Mat Saad, Nor Hashimah Jalaluddin & Imran-Ho Abdullah. (2018). Metafora konseptual dan manifestasi linguistik dalam Bahasa Melayu dan Perancis: satu analisis kognitif. GEMA Online® Journal of Language Studies. 18(3), 114-134.

Tarigan, Henry Guntur. (1983). Pengajaran Gaya Bahasa. Bandung: Angkasa.

Tarigan, Henry Guntur. (1985). Prinsip-prinsip Dasar Sastera. Bandung: Angkasa.

Tarigan, Henry Guntur. (2009). Pengkajian Pragmatik. Bandung: Angkasa.

Zurina Abdullah, Rosnan,Farah Nur-Rashidah & Ahmad Nazeer Zainal Arifin. (2017). Analisis Morfologi dalam Syair Perahu. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 4(Special Issue), 73-81.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/gema-2024-2402-09

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021