Analisis Kognitif Semantik Peribahasa Melayu Bersumberkan Anjing (Canis Familiaris)

Imran Ho-Abdullah

Abstract


Peribahasa berkaitan dengan haiwan boleh ditemui dalam hampir semua bahasa dan  budaya. Makalah ini membincangkan mekanisme kognitif yang membolehkan manusia membentuk peribahasa melibatkan haiwan dalam dari sudut linguistik kognitif. Khususnya, peranan metafora Rantaian Mahkluk Utama (RUM) dan metonimi spesifik melambangkan yang generik dalam semantik peribahasa Melayu berkaitan dengan anjing diteliti. Metafora RUM berasaskan satu pandangan budaya rakyat (folk culture) tentang hieraki makhluk dalam dunia hakiki. Menurut hieraki ini, setiap haiwan secara protaip mempunyai tingkah laku naluri masing-masing. Namun, budaya dan pengalaman masyarakat yang berbeza dalam berinteraksi dengan haiwan seperti anjing, kucing dan sebagainya akan membentuk model kognitif yang berbeza yang tercermin dalam peribahasa haiwan dalam bahasa tersebut. Mekanisme metonimi pula berperanan memindahkan sesuatu tingkah laku spesifik haiwan kepada sesuatu trait manusia secara umum. Hal ini memungkinkan skema metaforikal tentang pelbagai haiwan diwujudkan. Kerangka Ibañez-Moreno (2005) digunakan untuk menganalisis peribahasa Melayu bersumberkan anjing dengan melakukan pemetaan mandala sumber dan sasaran berdasarkan metafora dan metonimi itu. Analisis mendapati dalam peribahasa Melayu, anjing lazimnya dipetakan kepada orang yang lemah, hina, jahat, serta tidak berilmu. Ini amat berbeza dengan pemetaan yang berlaku dalam bahasa Inggeris di mana anjing sering dipetakan kepada manusia yang taat setia. Sekali gus, hal ini menampakkan perbezaan antara proposisi dan skema metaforikal dalam semantik peribahasa haiwan.


Keywords


semantik kognitif, peribahasa haiwan, bahasa Melayu, metafora, metonimi.

Full Text:

PDF

References


Abrantes, R. (2001). Dog language: An encyclopedia of Canine behaviour. Wenatchee, WA: Dogwise Publisher.

Flonta, T. (2001). A Dictionary of English and Portuguese equivalent proverbs. Hobart: DeProverbio.

Fludernik, M., Freeman, D.C., & Freeman, Margaret H. (1999). Metaphor and Beyond An introduction. Poetics Today, 20(3), 383-396.

Ibañez-Moreno, A. (2005). An analysis of the cognitive dimension of proverbs in English and Spanish: The conceptual power of language reflecting popular believes. SKASE Journal of theoretical linguistics, 2(1), 42-54. (Atas talian) Telah dimuat turun 7 Mei, 2010 dari http://www.pulib.sk/skase/Volumes/JTL02/04.pdf

Kövecses, Z. (2002). Metaphor: A practical introduction. New York: Oxford University Press.

Kövecses, Z., & Radden, G. (1998). Metonymy: Developing a cognitive linguistic view. Cognitive Linguistics, 9(1), 37–77.

Krikmann, A. (2007). The great chain of being as the background of personificatory and depersonificatory metaphors in proverbs and elsewhere. Kertas kerja dalam 1st Interdisciplinary colloquium on proverbs: Tavira (Algarve), Portugal, 5 - 12 November 2007.

Lakoff, G., & Turner, M. (1989). More than cool reason: A field guide to poetic metaphor. Chicago: University of Chicago Press.

Lim Kim Hui. (2005). Budi as the Malay mind: A philosophical study of Malay ways of reasoning and emotion in peribahasa. Disertasi Ph.D, University of Hamburg.

Lovejoy, A.O. (1936). The great chain of being: A study of the history of an idea. Cambridge, Mass.: Harvard University Press.

Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad & Nurul Huda Mohd Saad. (2010). Peluasan makna imbuhan Ber-: Analisis semantik kognitif. GEMA Online™ Journal of LanguageStudies, 10 (1): 103 – 123. (Atas Talian) Telah dimuat turun 8 Mei 2010 dari http://pkukmweb.ukm.my/~ppbl/Gema/GEMA%202010/pp%20103_123.pdf

Panther, Klaus-Uwe. & Thornburg, L. L. (eds.) (2003). Metonymy and pragmatic inferencing. Amsterdam: John Benjamins.

Ruiz de Mendoza Ibáñez, F. J. (1999). From semantic undetermination via metaphor to conceptual interaction. Essen: LAUD 492.

Ruiz de Mendoza Ibáñez, F. J. (2001). Metonymy and the grammar. Language and communication, 21(4), 321-357.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021