Sosiokognitif Pelajar Remaja Terhadap Bahasa Melayu

Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan, Zaharani Ahmad

Abstract


Bahasa sebagai medium penting dalam proses menyampaikan ilmu perlu dikuasai dengan mempelajarinya melalui kurikulum yang dirangka. Bagi memastikan keberkesanan program yang dirancang, ia perlu diiringi dengan sikap yang positif dan persepsi yang tinggi terhadap bahasa itu sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap dan persepsi yang merupakan bahagian daripada kognisi pelajar remaja terhadap bahasa Melayu, serta melihat pertalian antara latar belakang sosial pelajar remaja, khususnya perbezaan jantina, kaum/etnik dan aliran kelas dengan kognisi mereka terhadap bahasa Melayu. Lebih daripada 1,500 pelajar remaja terlibat dalam kajian ini dan didapati bahawa hampir 80.0% (1,208) pelajar bersikap positif terhadap bahasa Melayu. Kajian juga mendapati hanya 29.9% (456) pelajar mempunyai persepsi yang tinggi terhadap bahasa Melayu. Melalui kajian ini dapat dibuktikan bahawa kognisi pelajar remaja terhadap bahasa Melayu mempunyai perkaitan yang signifikan dengan faktor sosial yang melatarbelakangi mereka. Justeru, penulis berpendapat bahawa persepsi yang tinggi dan sikap yang positif terhadap bahasa Melayu perlu terus dipupuk agar pelajar tetap yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu, khususnya sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di Malaysia.

 


Keywords


sosiokognitif, sikap, persepsi, kognisi, bahasa ilmu.

Full Text:

PDF

References


Abdul Rashid. (2001). Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan Melayu. Jurnal Bahasa, 1(4), 445-482.

Ainol Madziah Zubairi & Isarji Hj Sarudin. (2009). Motivation to learn a foreign language in Malaysia. GEMA Online™ Journal of Language Studies. 9(2), 73-87.

Anzaruddin Ahmad. (2008). Masa depan bahasa Melayu: kajian terhadap sikap ibu bapa Melayu di Melbourne. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, 2008, 120-127.

Atef Al-Tamimi & Munir Shuib. (2009). Motivation And Attitudes Towards Learning English: A Study Of Petroleum Engineering Undergraduates At Hadhramout University Of Sciences And Technology. GEMA Online™ Journal of Language Studies. 9(2), 29-55.

Atkinson, D. (2002). Toward a sociocognitive approach to second language acquisition. Modern Language Journal, 86, 252-545.

Awang Sariyan. (1996). Isu-isu peningkatan profesionalisme pendidik bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 40(2), 100-106.

Bister-Broonsen, H. (1997). Communication in the alemanic area: language use and attitudes in Colmar and Freiburg. Language Choice: conditions, constraints and consequences. Amsterdam: Benjamin Publication.

Cohen, J. (1988). Statistical power for the behavioral sciences (2nd ed.). Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Hassan Ahmad. (2006). Membetulkan sikap dan persepsi manusia terhadap bahasa Melayu. (Atas Talian). Telah dimuat turun 8 Julai, 2008, dari http://www.kongresbahasa.org

Holmes, J. (2008). An introduction to sociolinguistics. England: Pearson Education Limited.

Kern, R. (2000). Literacy and language teaching. Oxford: Oxford University Press.

Llamzon, T.A. (1982). The national language and communication in Metro Manila Philipina. National Language and communication multilingual socities. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahzan Arshad. (2008). Bahasa - minat murid dan guru bercanggah. (Atas Talian). Telah dimuat turun 16 Julai, 2008, dari http://www.ppdjasin.edu.my/IsuMenarik/Isu Menarik/

Máirtín Ó Fathaigh. (1996). Irish language attitudes, competence & usage among university college, cork staff: some empirical findings. (Online) Retrieved 15 Ogos 2008, from www.ucc.ie/en/ace/Publications/DocumentFile,19893,en.pdf/.

Norizah Ardi. (1990). Sikap bahasa: satu tinjauan ringkas. Jurnal Dewan Bahasa, 34(4), 270- 282.

Norizah Ardi. (2005). Sikap terhadap bahasa Melayu dan penggunaannya di kalangan pelajar universiti selatan Thailand. Tesis Doktor Falsafah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Rusmadi Baharuddin (1995). Temu bual dengan Awang Had Salleh. Pelita Bahasa, 5, 10-13.

Sa'adiah Ma'alip & Maslida Yusof. (1997). Sikap bahasa terhadap Bahasa Melayu di kalangan pegawai-pegawai kilang. Jurnal Bahasa, 41(9), 848-854.

Utusan Online. (Atas Talian). Telah dimuat turun 22 Oktober, 2008, dari www.utusanonline.com.

Zulkifley Hamid. (2005). Penilaian pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021