Cabaran dan strategi ke arah pembentukan komuniti lestari (Challenges and strategies towards a sustainable community)

Siti Khatijah Zamhari, Christopher Perumal

Abstract


Ruang bandar seharusnya dibangunkan bagi memenuhi tuntutan kelestarian dan daya huni melalui pembentukan polisi bandar. Pertambahan penduduk disertai dengan proses pembandaran dilihat memberi tekanan kepada alam sekitar. Penggunaan penduduk bukan lagi tertakluk kepada keperluan tetapi lebih kepada memenuhi kehendak. Lantaran daripada itu, trend penggunaan masyarakat dilihat kian berubah dan ini memerlukan suatu penelitian mengapa trend tersebut berlaku. Trend penggunaan yang berubah ini dilihat sebagai satu cabaran dalam membentuk komuniti lestari. Oleh itu, makalah ini dihasilkan untuk mengenalpasti cabaran dan strategi dalam membentuk komuniti lestari. Pendekatan kualitiatif digunakan dalam menghasilkan makalah ini dengan menggunakan data sekunder melalui analisis kandungan. Trend penggunaan,  kurangnya didikan formal serta masalah pentadbiran pihak berkuasa tempatan merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi dalam membentuk komuniti lestari. Pengukuhan undang-undang serta pembinaan keupayaan komuniti adalah antara strategi yang perlu giat dijalankan sebagai usaha untuk membentuk komuniti lestari. Tanggugjawab untuk membentuk komuniti lestari ini tidak hanya digalas oleh pihak kerajaan semata-mata tetapi memerlukan usaha dan kerjasama pelbagai pihak. 

Kata kunci: komuniti lestari, trend penggunaan, pendidikan formal, pengurusan sisa pepejal, pembinaan keupayaan, undang-undang.

 

Urban space should be developed to meet the demands of sustainability and livability through the establishment of urban policy. However, population growth together with rapid urbanization seems to put pressure on the environment. Consumption is no longer a privilege but a necessity. Hence, there is a changing consumption pattern among the urban community. This paper will analyze the challenges and strategies in developing a sustainable community. This paper is drawn upon secondary data using content analysis in identifying the challenges and strategies to develop a sustainable community. Changing consumption pattern, lack of formal education and administrative problem faced by local authorities are the challenges in establishing a sustainable community. To address these challenges, the law should be strengthened and the community should be empowered in order for the nation to achieve a sustainable community. These responsibilities should not only be carried out by the government but it also required the effort and cooperation from various groups to ensure the development of sustainable community

 

Keywords: sustainable community, changing consumption, formal education, solid waste management, capacity building, laws.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.