Pembandaran dan kemudahterancaman isi rumah pinggir bandar raya metropolitan Kuala Lumpur (Urbanization’s vulnerability and adaptation of households in the sub-urban metropolitan of Kuala Lumpur)

Wan Maznah Wan Harun, Rosniza Aznie Che Rose, Azahan Awang

Abstract


Pembandaran merupakan sebahagian daripada perubahan persekitaran global yang melibatkan aktiviti ekonomi, sosial dan politik penduduk. Perkembangan bandar tergambar melalui peningkatan bilangan penduduk, perubahan persekitaran fizikal, budaya serta guna tanah. Tekanan ekonomi di pusat bandar raya metropolitan mengalih tumpuan industri, perniagaan dan petempatan ke kawasan pinggiran. Selari dengan itu, pelbagai kesan positif dapat dinikmati oleh isi rumah pinggir bandar raya metropolitan (PBrM) seperti peningkatan peluang pekerjaan, kemudahan awam dan aksessibiliti yang semakin baik. Namun demikian, kepesatan pembandaran yang berlaku turut membawa bersama kemudahterancaman (vulnerability) manusia kepada isi rumah setempat khasnya kemudahterancaman ekonomi seperti peningkatan sewa rumah dan harga tanah. Kertas ini bertujuan mengesan pembandaran dan menganalisis kemudahterancaman ekonomi yang dihadapi oleh isi rumah PBrM. Data dikumpul dan dianalisis berdasarkan Model Pengukuran Rasch. Nilai kebolehpercayaan item bagi konstruk pembandaran dan kemudahterancaman ialah 0.86 dan 0.95. Kedua-dua nilai kebolehpercayaan ini jauh melepasi nilai minimum yang diperlukan oleh Rasch untuk membuktikan kecukupan item bagi tujuan pengukuran. Kajian ini mendapati isi rumah sangat berpuas hati dengan pembandaran yang berlaku (MNSQ = 0.91 [SE = .17]) dan kewujudan kemudahterancaman ekonomi (MNSQ = 1.00 [SE = .18]). Ujian korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara pembandaran (M = 0.66, SD = 0.18) dengan kemudahterancaman (M = 0.72, SD = 0.18) di mana nilai r = .24, p = .028.

 

Kata kunci: isi rumah, kawasan pinggiran, kemudahterancaman, pembandaran, persekitaran, pinggir bandar raya Metropolitan (PBrM)

 

Urbanization is part of the global environmental changes involving economic, political and social activities. Urban development is reflected by the increase in population, changes in the physical environment, culture and land use. Economic pressures in the city centre metropolitan shift the focus of industrial, business and residential areas to the outskirts. Various positive effects can be enjoyed by household outskirts of metropolitan such as increased employment opportunities, public facilities and accessibility. However, rapid urbanization also brings vulnerability to the households with the increasing price of housing rental and land value. This article discusses on urbanization and vulnerability households. Data collected and analysed by Rasch Measurement Model. The reliability the constructs of urbanization and vulnerability is 0.86 logit and 0.95 logit. All the reliability surpassed the minimum required by Rasch to prove the adequacy of the item for measurement purposes. This study found that households are very satisfied with the urbanization that occurred (MNSQ = 0.91 [SE = .17]) and the existence of economic vulnerability (MNSQ = 1.00 [SE = .19]). Correlation analysis shows there is a significant positive relationship between urbanization (M = 0.66, SD = 0.18) and vulnerability (M = 0.72, SD = 0.18) where r = .24, p = .028.

 

Keywords: household, outskirts, vulnerability, urbanization, environmental, sub-urban metropolitan


Full Text:

PDF

References


Abdul Samad Hadi (2000) Kemerosotan kualiti persekitaran dan persoalan kemudah-terancaman manusia. Prosiding Pengurusan persekitaran di Malaysia: Isu dan cabaran 2000, pp. 190-210.

Antrop M (2004) Landscape change and the urbanization process in Europe. Landscape and Urban Planning 67, 9-26.

Azahan Awang, Abdul Samad Hadi, Md Jamaluddin Jahi, Asmah Ahmad, Abdul Hadi Harman Shah, Kadarudin Aiyub (2003) Impak pembandaran terhadap persekitaran dan kualiti hidup masyarakat Bandar Raya Kuala Lumpur. Society, Space and Environment in a Globalised World, 407-418.

Azrilah Abdul Aziz, Mohd Saidfudin Masodi, Azami Zaharim (2013) Asas Model Pengukuran Rasch: Pembentukan Skala dan Struktur Pengukuran. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Bunnell T, Barter P, Morshidi Siraj (2002) Kuala Lumpur metropolitan area: A globalizing city – region. Cities 19(5), 357-370.

Habibi S, Asadi N (2011) Causes, results and methods of controlling urban sprawl. Procedia Engineering 21, 133-141.

He X, Gao Y, Niu J, Zhao Y (2011) Landscape pattern changes under the impact of urbanization in the Yellow River wetland: Taking Zhengzhou as an example. Procedia Environmental Sciences 10, 2165-2169.

Katiman Rostam, Choy EA, Zaini Sakawi, Abdul Rahim Mohd Nor, Aishah@Esah Mohamed (2010) Pembandaran di pinggir Wilayah Metropolitan Lanjutan Malaysia: Beberapa implikasi terhadap kejiranan dari Lembah Klang-Langat. Malaysian Journal of Society and Space. 6(2), 37-50.

Katiman Rostam, Abdul Rahim Md Nor, Er Ah Choy, Aishah@Eshah Mohamed, Zaini Sakawi, Hasan Mohd Nor, Rosniza Aznie (2011a) Impak pembangunan Bandar Baru Nusajaya Wilayah Iskandar Malaysia terhadap kesejahteraan hidup penduduk asal setempat. Malaysian Journal of Society and Space 7, 14-28.

Katiman Rostam, Er Ah Choy, Zaini Sakawi, Abdul Rahim Md Nor, Aishah@Eshah Mohamed (2011b) Pembandaran di pinggir Wilayah Metropolitan Lanjutan: Beberapa implikasi terhadap corak dan kualiti kejiranan. Akademika 81(3), 19-29.

Linacre JM (2005) WINSTEPS: Multiple-choice, rating scale, and partial credit Rasch analysis [computer software]. MESA, Chicago.

Lopez E, Gerardo B, Manuel M, Emilio D (2001) Predicting land-cover and land-use change in the urban fringe: A case in Morelia city, Mexico. Landscape and Urban planning 55(4), 271-285.

McGee TG (1983) Proletarianization, industrialization and urbanization in Asia: A case study of Malaysia. Jurnal Ilmu Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan 23, 3-20.

McGee TG (1991) The emergence of desakota regions in Asia: Expanding a hypothesis. In: Ginsburg N, Koppel B, McGee T (eds) The extended metropolitan: Settlement transition in Asia, pp. 3-24. University of Hawaii Press, Honululu.

Menon N (2008) Urban sprawl also afflicts developing countries. In: Miller DA (eds). Urban Sprawl, pp. 43-48. Greenhaven Press, Detroit.

Mustaffa Omar, Mohd Samsudin, Ishak yussof, Sharina A Halim (2012) Kemudahterancaman dan kelestarian hidup komuniti luar bandar: Satu penelitian dari sudut kerangka kelestarian hidup. Journal of Tropical Marine Ecosystem 2, 71-82.

Pacione M (2009) Urban Geography: A Global Perspective. Third Edition. Routledge, Taylor and Francis Group. Routledge. New York.

Pelling M (2003) The vulnerability of cities: Natural disasters and social resilience. Earthscan Publications Ltd, London.

Rodrigue JP (1994) Transportation and territorial development in the Singapore extended metropolitan regions. Singapore Journal of Tropical Geography 15(1), 56-74.

Shaharudin Idrus, Lim Choun Sian, Abdul Samad Hadi (2004) Kemudahterancaman (Vulnerability) penduduk terhadap perubahan guna tanah di Selangor. Malaysian Journal of Environment Management 5, 79-98.

Webster D, Muller L (2004) Peri-Urbanization: Zones of rural-urban transition. Encyclopedia of Life Support System 1, 181-190.

Yahaya Ibrahim (1995) Pembandaran dan kejiranan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.