Konsep, dasar dan perlaksanaan Bandar Sejahtera den gan rujukan khas kepada Malaysia (Deciphering the concept, policy and implementation of Harmony City with special reference to Malaysia )

Kartini Aboo Talib @ Khalid

Abstract


Sifat lestari, daya huni, keselamatan dan kemudahan fizikal bandar yang lengkap sempurna dalah idaman dalam melakarkan pembentukan bandar sejahtera. Namun begitu, beberapa aspek kemanusiaan dengan cabaran baru masyarakat tidak diintegrasikan dengan baik dalam proses pembentukan bandar sejahtera. Kajian ini mengupas konsep perbandaran dan proses dari segi literatur, menjelaskan peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan proses perbandaran. Persoalan kajian yang disingkap dan dibahaskan ialah anjakan paradigma daripada bentuk bandar sejahtera kepada bandar kesepaduan yang mengutarakan beberapa konteks cabaran seperti pembentukan bandar dan luar bandar kesan tinggalan sejarah kolonial dan impak persempadanan semula, kuota perumahan bumiputera, dan cadangan bandar kesepaduan yang mengambil kira aspek dan dimensi superdiversity . Kupasan komprehensif ini mendapati bahawa dasar perumahan tempatan perlu memikirkan usaha mewujudkan bandar kesepaduan dengan memperkasa pendekatan social collectivism agar cabaran isu superdiversity dapat ditanggani dengan baik dan berkesan bagi mewujudkan keharmonian bermasyarakat.

Katakunci: Bandar Harmoni, bandar kesepaduan, kesepaduan sosial, proses pembandaran, social collectivism, superdiversity

Sustainable, livable, safe and fully facilited are the features of a modern and smart cohesive city. Nevertheless, certain human aspects and contemporary challenges are still absent from this conceptualization of a Harmony City. This study deciphered the Malaysian urbanization process based on literature reviews and discussed, in particular, the rules and regulations pertaining to local housing resulting from the urbanization process. It argued the need to change the common paradigm of smart city into a social cohesion city. The challenges discussed included the urgency to revamp colonial heritage pertaining to spatial segregation, and to review the impact of gerrymandering, indigenous quota, and the new form of social cohesion city that integrates the superdiversity dimensions. Finally, the study outlined the necessity of empowering social collectivism as a way to counteract superdiversity challenges hence to create a harmonious society.

Keywords: cohesive city, Harmony City, social cohesion, social collectivism, superdiversity, urbanization process


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.