Konsep integriti dalam Organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM): Satu tinjauan awal

Megat Ayop Megat Arifin, Abd. Halim Ahmad

Abstract


Integriti merupakan satu nilai amalan yang amat penting bagi sesebuah organisasi dalam mencorakkan budaya organisasi supaya lebih berkualiti dan unggul dalam sistem penyampaian perkhidmatan sesuatu organisasi. Situasi ini juga tidak terkecuali kepada sektor perkhidmatan awam Malaysia terutamanya dalam agensi penguatkuasaan undang-undang negara seperti Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebagai sebuah pasukan keselamatan negara, PDRM telah berusaha untuk meningkatkan dan memantapkan nilai integriti dalam kalangan anggota polis demi memenuhi tuntutan masyarakat dan negara. Namun menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Biro Pengaduan Awam (2014) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (2014) telah menunjukkan PDRM memperoleh bilangan aduan yang tinggi daripada masyarakat berkenaan kemerosotan dalam sistem penyampaian perkhidmatan iaitu melibatkan tahap integriti dalam organisasi PDRM. Kertas ini akanmemfokuskan dua faktor utama yang mempengaruhi integriti dalam agensi PDRM iaitu budaya organisasi dan integriti individu. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengetahui bentuk-bentuk pemantapan integriti dalam kalangan anggota polis dan faktor-faktor yang menjadi penyumbang utama kepada pelanggaran nilai integriti. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu temubual berstruktur, soal selidik terhadap 760 anggota serta pegawai PDRM yang sedang berkhidmat di Negeri Perak, serta kajian perpustakaan melalui buku dan jurnal. Dapatan kajian menunjukkan terdapat percanggahan para sarjana dalam menentukan kedua-dua faktor tersebut terhadap tahap integriti anggota polis. Namun begitu, faktor budaya organisasi dilihat lebih relevan dalam menjelaskan permasalahan integriti dalam kalangan anggota PDRM kerana mempunyai pengaruh yang besar terhadap perubahan sikap dan perilaku.

Katakunci: Biro Pengaduan Awam, budaya organisasi, integriti, faktor individu, Kod Etika, PDRM

Integrity is one of the most important characteristics of an organizational culture that can ensure service quality and excellence in the organisation’s system. The Royal Malaysian Police (RMP) is no exemption to this requirement as are other law enforcement agencies in the country. To its credit the RMP have been trying to improve and strengthen the integrity of police personnel in order to meet the security and law enforcement needs of the state and the society. However, according to a report issued by the Public Complaints Bureau (2014) and the Enforcement Agency Integrity Commission (2014) the Malaysian police obtained a large number of complaints from the public regarding the deterioration in their service presentation system and thus their integrity. This study examined two methods of integrity enhancement among members of the RMP, namely, the organisational culture , and individual integrity . The objective was to find out which of the two factors did precipitate the deterioration of police integrity. Primary data were gathered from structured questionnaires and interviews with 760 RMP members and officers in Perak State. The findings showed that despite conflicting opinions among scholars as to which factors really determined police intergrity, the organizational culture seems to be more relevant in explaining the intergrity problems in the RMP as it showed a great influence on the police attitudes and behaviour .

Keywords: Code of Ethics, individual factors, integrity, organizational culture, RMP, the Public Complaints Bureau

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.