Modal budaya dan kesannya ke atas kebergantungan kerja komuniti nelayan di Malaysia: Kajian kes nelayan Kuala Terengganu (Cultural capital and its dependency impact on fishermen’s work in Malaysia: A case study of Kuala Terengganu’s fishing community)

W. A. Amir Zal

Abstract


Tidak banyak elemen modal budaya dibincangkan dan diselidiki dalam memerhati realiti nelayan. Sedangkan modal
budaya yang merangkumi elemen nilai, norma dan sikap merupakan perkara penting untuk diselidiki bagi
memahami tindak balas mereka pada keadaan tertentu. Sedar dengan kelemahan tersebut, makalah ini meneroka
elemen modal budaya dalam kalangan nelayan yang merangkumi aspek penggunaan masa lapang, nilai, budaya
kerja dan kebergantungan pada aktiviti nelayan. Bagi meneroka perkara tersebut, kajian telah dilaksanakan ke atas
100 nelayan di Kuala Terengganu Utara dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan tidak
banyak elemen pembinaan kapasiti yang diperhatikan melalui penggunaan masa lapang. Responden mempunyai
empat jenis nilai, iaitu nilai hedonisme, fitrah, pragmatik dan autoritarian. Berkaitan dengan kebergantungan pada
kerja nelayan pula, lima kategori pergantungan dapat diperhatikan, iaitu pendapatan, sosial, identiti, penghargaan
dan modal insan. Hasil kajian ini juga menunjukkan budaya kerja nelayan adalah positif, dari sudut kesungguhan
atau komitmen. Budaya kerja nelayan lebih dipengaruhi oleh nilai autoritarian, manakala kebergantungan didorong
oleh nilai pragmatik. Kajian ini membuktikan elemen modal budaya adalah penting dalam kelangsungan hidup
nelayan. Namun, untuk kelangsungan jangka panjang dan persediaan untuk bersaing, mereka perlu dibiasakan
dengan aktiviti pembinaan kapasiti.

Katakunci: budaya kerja, kebergantungan, komuniti nelayan, modal budaya, nilai kerja, penggunaan masa lapang




Cultural capital which includes values, norms and attitudes is crucial in understanding a fishing community’s
particular responses to positions and situations pertaining to their work. Given that many elements of the Malaysian
fishing community’s cultural capital are relatively neglected this study examined the cultural capital factors that
influenced the work of a Kuala Terengganu’s fishing community, namely, the use of leisure time, fishermen’s
cultural values, and the impact of those values on their work activities. Primary data were gathered from a
questionnaire-based field study of 100 fishermen in northern Kuala Terengganu. The results showed four types of
values influencing the fishermen’s use of leisure time, namely, hedonism, fitrah (naturalism), pragmatism and
authoritarianism. With regard to the impact of these factors on the work ethic of the fishermen five categories of
dependency areas were observed, namely, income, social stature, identity, appreciation and human capital. Overall,
the fishermen demonstrated a positive work culture driven by a sense of commitment, a sense of authority and
pragmatism. Their capacity building actions were geared to long term survival, preparedness and competiveness.

Keywords: cultural capital, fishing community, leisure time utility, value dependency, work culture, work value


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.