Konflik di pusat pemindahan banjir: Kajian Kes di Daerah Padang Terap, Kedah (Conflicts in flood relief shelter: A case study of Padang Terap District, Kedah)

Mohd Zulhafiz Said, Salfarina Abdul Gapor, Mohd Nazri Samian, Abd Malik Abd Aziz

Abstract


Banjir merupakan fenomena yang semakin kerap berlaku kesan daripada perubahan iklim dan pemanasan global yang semakin teruk. Apabila banjir berlaku, mangsa banjir akan dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Artikel ini akan membincangkan berkenaan dengan konflik yang berlaku di pusat pemindahan banjir di Padang Terap dimana pusat pemindahan yang sedia ada kurang penyelenggaraan yang baik. Ini akan menambahkan lagi tekanan emosi mangsa banjir kerana pada masa yang sama rumah dan harta benda mereka juga ditenggelami air termasuk kemusnahan tanaman dan ternakan. Artikel ini adalah untuk mengenalpasti contoh-contoh konflik yang berlaku di pusat pemindahan banjir dan mencadangkan pendekatan yang terbaik untuk mengurangkan konflik yang berlaku di pusat pemindahan banjir. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui pendekatan kuantitatif seperti soal selidik kepada 683 responden dan pendekatan kualitatif perbincangan kumpulan fokus terhadap 30 orang pemimpin tempatan. Dapatan menunjukan konflik di pusat pemindahan banjir wujud disebabkan oleh makanan yang tidak mencukupi, tiada kefahaman sesama mangsa banjir dan pusat pemindahan yang sesak serta kelengkapan infrastruktur yang tidak sesuai dan mencukupi. Oleh itu, cadangan seperti meningkatkan infrastruktur di pusat pemindahan banjir penting dalam meningkatkan kepuasan hati mangsa banjir serta mengutamakan keselesaan  mereka adalah usaha yang perlu di samping barangan makanan yang mencukupi dan cepat sampai serta mengadakan aktiviti seperti kaunseling kepada mangsa banjir agar trauma dan tekanan yang dihadapi akan berkurang.

Katakunci: Daerah Padang Terap, masalah banjir, pemimpin tempatan, pengurusan konflik, pusat pemindahan banjir


Flooding is an increasingly common phenomenon due to the effects of climate change and worsening global warming. When floods occur, flood victims are usually transferred to the flood relief centres. Here, conflicts may arise and aggravate the emotional stress of flood victims who are already worrying about the fate of their homes, properties, crops and livestock because of the flood. Based on a field survey of 683 respondents and a Focus Group Discussion of 30 local leaders this article identifies and discusses conflicts in flood relief centres in the district of Padang Terap, Kedah due to inefficient management. Findings showed that conflicts at the flood relief centre were triggered by insufficient food supply, lack of understanding between victims, overcrowded environment and insufficient and unsuitable infrastructures and equipments. Accordingly, recommendations made to the authorities include improving the quality of equipment and infrastructure in the flood relief centre and enhancing victims’ comfort by ensuring adequate food supply and conducting victim counselling to reduce their trauma and stress.

Keywords: conflict management, flood problem, flood relief centre, local leader, Padang Terap District


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.