Peluasan Bandaraya Metropolitan Jakarta dan impaknya terhadap gunatanah dan corak pekerjaan penduduk pinggiran : Kes Bandar Baru Bumi Serpong Damai (The expansion of Jakarta metropolitan and its impact on landuse and employment pattern of the urban fringe population: The case of Bumi Serpong Damai new town)

Ratnawati Yuni Suryandari

Abstract


Artikel ini menghuraikan kajian mengenai peluasan bandaraya metropolitan Jakarta dan impaknya terhadap guna tanah dan corak pekerjaan penduduk asal bandar baru Bumi Serpong Damai yang dilakukan pada tahun 2004. Bandar baru BSD terletak di Kabupaten Tangerang, lebih kurang 20 km di sebelah barat bandaraya metropolitan Jakarta. Desa sampel yang dikaji ialah Lengkong Gudang, Rawabuntu dan Pagedangan, yang masing-masingnya terletak 3km, 6km dan 9km dari tempat pusat bandar baru BSD. Daripada ketiga-tiga desa tersebut diambil sampel sebanyak 10 peratus atau 256 ketua keluarga penduduk asal. Kajian mendapati bahawa: (1) sebelum wujud bandar baru BSD, kawasan kajian merupakan kawasan percampuran antara pertanian dan bukan pertanian. Bilangan petani sampingan lebih banyak berbanding dengan petani sepenuh masa. Lebih kurang 46.9 peratus penduduk asal mempunyai tanah pertanian meskipun bersifat saradiri. Mereka yang tidak mempunyai tanah pertanian ramai bekerja sebagai peniaga kecil dan buruh kasar. Lebih kurang 50 peratus penduduk asal mempunyai paras pendapatan di bawah garis kemiskinan; (2) selepas wujud bandar baru BSD, ramai penduduk asal menjual tanahnya kepada pemaju BSD mengakibatkan bilangan bukan petani meningkat menjadi 82.8 peratus; (3) Bilangan penduduk asal yang mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan masih sama sahaja dengan keadaan sebelum wujud bandar baru BSD iaitu lebih kurang 50 peratus. Kertas ini merumuskan bahawa pertukaran gunatanah pertanian menjadi bandar baru BSD hanya berjaya meningkatkan taraf hidup tidak lebih 50 peratus penduduk asal berkenaan, sedangkan 50 peratus lagi masih kekal dalam kancah kemiskinan.

Katakunci: bandar baru, kemiskinan, metropolitan, pertukaran gunatanah pertanian, petani, pinggir bandar

This article describes occupational change of dwellers due to the conversion of agricultural land to a new town the Bumi Serpong Damai (BSD) at the urban fringe of Jakarta in 2004. The district of Tangerang lies about 20 km to the western part of Jakarta with the sample villages of Lengkong Gudang, Rawabuntu and Pagedangan lying 3km, 6km and 9km respectively from the central place of BSD. From the three sample villages, 10 percent or 256 of the dwellers’ household heads were taken as respondents. The study found that: (1) Before BSD, the area was a mix of agriculture and non-agriculture uses. The number of part time farmers were more than that of full time farmers. About 46.9 percent of the original dwellers owned and worked their subsistence farm land. Those who did not own land worked as small traders and labourers. About 50 percent of the dwellers’ income were below poverty line; (2) After BSD, most dwellers sold their land to BSD making the proportion of non -farmers jump to 82.8 percent; (3) Some 50 percent of the original dwellers still lived below the poverty line. The paper concludes that agricultural land conversion to urban landuse has managed to uplift but not more than 50 per cent of the original dwellers out of poverty.

Keywords: agricultural land conversion, farmers, metropolitan, new town, poverty, urban fringe

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.