Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon Thiessen dan kontur Isoyet (Analysing rain patterns and trends in Negeri Sembilan using the GIS Polygon Thiessen and Isohyet Contours methods)

Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim

Abstract


Curahan hujan seringkali digunakan sebagai indeks iklim bagi menentukan perubahan dalam kajian perubahan iklim global. Frekuensi dan tempoh curahan hujan dianggap sebagai indeks penting bagi bidang geomorfologi, hidrologi dan kajian cerun. Di samping itu, maklumat tentang taburan hujan penting kepada manusia kerana boleh mempengaruhi pelbagai aktiviti manusia seperti pertanian, perikanan dan pelancongan. Oleh itu, kajian ini meneliti pola taburan dan tren hujan yang terdapat di Negeri Sembilan. Data hujan bulanan dan tahunan untuk tempoh 21 tahun (1983–2003) dibekalkan oleh Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (MMS) bagi lapan stesen kajiklim yang terdapat diseluruh negeri. Kaedah GIS Poligon Thiessen dan Kontur Isoyet digunakan bagi mengira dan menentukan pola taburan hujan manakala kaedah Ujian Mann-Kendall digunakan bagi mengesan pola perubahan tren dan variabiliti hujan. Hasil kajian menunjukkan bahawa berdasarkan kaedah Persentil dan Kontur Isoyet, pola taburan hujan di Negeri Sembilan boleh di kategorikan kepada dua jenis kawasan iaitu kawasan sederhana lembap (memanjang dari Jelebu-Kuala Pilah-Gemencheh) dan kawasan hujan lebat (sekitar kawasan pinggir pantai-Seremban-Chembong). Pola perubahan hujan didapati tidak tetap bagi kesemua stesen kajian bagi tempoh kajian ini. Berasaskan Ujian Mann-Kendall tahun 1980-an dan 1990-an menandakan tahun perubahan taburan hujan bagi kesemua stesen kajian yang boleh memberi kesan kepada kawasan tadahan dan seterusnya menentukan kadar bekalan air yang mencukupi. Perubahan pola taburan dan variabiliti hujan ini boleh dikaitkan dengan faktor tempatan seperti kepesatan pembangunan kawasan dan juga faktor global seperti perubahan iklim.

Katakunci: faktor global, faktor tempatan, hidrologi, kawasan tadahan, perubahan iklim, variabiliti hujan

Rainfall frequency and duration are important indices in the field of geomorphology, hydrology and slope studies. Information about rainfall distribution is also important to mankind due to its role in influencing various human activities such as agriculture, fishing and tourism. This article analyses the patterns and trends of rainfall in the state of Negeri Sembilan, Peninsular Malaysia. Monthly and annual rainfall data for the 21-years period (1983-2003) were supplied by the Malaysian Meteorological Services (MMS) for the whole eight climatology stations of the state. GIS Polygon Thiessen and isohyetal contour methods were employed to calculate and determine the rainfall pattern, while the Mann-Kendall’s test was used to establish changes in trends and variability of rainfall. Based on the percentile and isohyetal contour methods used the distribution pattern of rainfall in Negeri Sembilan can be categorised into two types, namely, medium wet area (stretching from Jelebu-Kuala Pilah to Gemencheh) and heavy rainfall area (at and around coastal area-Seremban-Chembong). A pattern of inconsistency in rainfall changes was observed at all climatology stations for the observed period. Based on the Mann-Kendall’s test, the years of 1980s and 1990s were established as years of changes in rainfall distribution at all climatology stations. These changes may significantly affect the amount of water in the catchment area, thus determining the water supply, and may be linked to local factors such as accelerated regional development and global factors such as global climate change.

Keywords: catchment area, climate change, global factors, hydrology, local factors, rainfall variability

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.