Orang tengah dalam rantaian pengeluaran pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia: Satu penemuan awal dari Perak (Middlemen in the supply chain of oilpalm smallholders in Malaysia: A preliminary finding from Perak)

Ahmad Raflis Che Omar, Abdullah Sanusi Othman, Suraiya Ishak, Abd. Hair Awang, Mohd Yusof Hussain, Novel Lyndon

Abstract


Orang tengah telah lama wujud dalam rantaian pengeluaran pekebun kecil kelapa sawit. Makalah ini bertujuan menghurai secara sistematik fenomena orang tengah dengan meneliti bentuk perhubungan pekebun-orang tengah dan peranan yang dilaksanakan oleh orang tengah. Kajian rintis ini menggunakan metod temubual secara berkumpulan (perbincangan kumpulan fokus) dengan pekebun kecil kelapa sawit di negeri Perak. Kelompok pertama melibatkan lapan orang pekebun kecil yang berada di kawasan Felda Trolak Selatan, manakala kelompok kedua melibatkan tujuh orang pekebun kecil di Kampung Ulu Slim. Hasil kajian menemui dua bentuk model perhubungan pekebun-orang tengah. Model pertama melibatkan orang tengah dengan peranan sebagai “pusat penfaktoran” dokumen tuntutan tunai pekebun. Dalam model pertama, pekebun menjual buah sawit mereka kepada kilang tetapi tidak menerima bayaran tunai serta merta atas jualan buah sawit tersebut daripada pihak kilang. Pekebun yang enggan menunggu hari pembayaran kilang akan “menjual” dokumen tuntutan kepada orang tengah dan mendapat tunai dalam amaun yang lebih rendah daripada nilai tertera dalam dokumen tuntutan. Manakala model kedua melibatkan peranan orang tengah sebagai pembeli pukal kepada hasil pekebun kecil. Dalam model ini, pekebun akan menjual buah sawit kepada mana-maana peraih yang akan membeli secara pukal pada satu harga seragam tanpa mengira gred buah yang dihantar pekebun. Sehubungan itu, orang tengah didapati relevan dalam rantai pengeluaran pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia. Orang tengah dapat membantu pekebun dengan memberi kemudahan mendapatkan tunai segera serta memudahcarakan proses pengendalian pukal buah sawit untuk diproses di kilang.

Katakunci: kelapa sawit, kesejahteraan ekonomi, pekebun kecil, perantara, orang tengah, pemprosesan minyak sawit, rantaian pengeluaran

Middlemen have long existed in the supply chain of Malaysia’s smallholders oil palm industry and emitting various serious impacts on the smallholder economic wellbeing. This study examined systematically this phenomenon of oil palm small holders-middlemen relationship. Primary data were obtained from a focus group discussion with eight oil palm smallholders from Felda Trolak Selatan and seven from Ulu Slim village, both in Perak. Our findings revealed a dual model of oil palm smallholders-middlemen relationship. The first model had been operating in such a way that the middlemen performed the role of a “factoring center” selling document to oil palm smallholders. Here, smallholders sold their crude palm fruit to the processing factory and did not receive cash payment on the spot from the factory. Farmers who did not want to wait for the payment day would “sell” the sale document to the middlemen and received cash for a lower amount than stated in the sale document. In the second model middlemen made bulk purchases of crude palm fruits of all grades from oil palm smallholders at a standardized average price. Either way the middlemen proved to be relevant in the Malaysia oil palm smallholders supply chain. The middlemen assisted the small holders in providing alternative cash as well as facilitated the process of handling the crude palm fruit for processing.

Keywords: economic wellbeing, intermediaries, middlemen, oil palm smallholders, palm oil processing, supply chain


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.