Sub-budaya Mat Rempit dan perubahan sosiobudaya (Malaysian sociocultural change and t he Mat Rempit sub - culture)

Muhamad Fuad Abdul Karim, Rokiah Ismail, Mohamad Fauzi Sukimi

Abstract


Secara umum aktiviti kumpulan Mat Rempit dalam kalangan sesetengah remaja dan belia di Malaysia boleh dikaitkan dengan kesan sosiobudaya proses perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Kertas ini membicarakan hasil kajian aktiviti kumpulan tersebut dalam satu setting sosial di Kuala Lumpur. Permasalahan kajian tertumpu kepada isu berkaitan dengan aktiviti Mat Rempit dan sub-budaya khusus mereka. Sub-budaya Mat Rempit diteliti dari segi bahasa dalam percakapan atau perbualan, norma dan nilai yang dipegang serta diamalkan dalam kalangan ahli kumpulan Mat Rempit. Kajian ini bertujuan memperihal aktiviti kumpulan dan mengenal pasti elemen-elemen khusus dalam sub-budaya kumpulan Mat Rempit. Responden terdiri daripada 45 orang Mat Rempit di Kuala Lumpur yang berusia antara 17 hingga 26 tahun. Dalam usaha menggumpul data primer, kajian yang bersifat kualitatif ini telah memanfaatkan metodtemubual secara mendalam dan juga pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti kumpulan Mat Rempit bukan sahaja tertumpu kepada lumba haram, tetapi beberapa aktiviti lain yang dianggap umum sebagai negatif. Sub-budaya Mat Rempit terbentuk dan dikekalkan melalui proses pembelajaran dalam kalangan ahli kumpulan. Aktiviti dan sub-budaya Mat Rempit yang bercirikan elemen-elemen counter-culture merupakan salah satu kesan sosiobudaya proses transformasi sosial yang dilalui sesetengah remaja dan belia di Malaysia. Kesimpulannya, pada sub-budaya Mat Rempit dapat dilihat ekspresi unsur-unsur seperti kebebasan, identiti, autonomi, keseronokan, keterampilan dan kreativiti.

Katakunci: kesan sosiobudaya, proses pembelajaran kelompok, proses transformasi social, remaja dan belia bandar, sub-budaya, unsur-unsur  ’counter-culture’

Illegal motorcycle racing is an informal sport of Malaysian urban youths which is increasingly perceived by the Malaysian society as a real social nuisance. The racers are nicknamed Mat Rempit in Malay. This paper takes the view that, in general, the Mat Rempit activities may be related to some socio cultural impacts of the contemporary social change process in the Malaysian society. It analyses findings of a study conducted in a Kuala Lumpur social setting, the focal points of which were the activities and the specifics of the Mat Rempit sub-culture. These included the Mat Rempit spoken and conversation language, and the norms and values to which members of the Mat Rempit subscribed. A total of 45 Kuala Lumpur’s Mat Rempit, aged between 17 and 26, became the responden ts of the study which employed in-depth interview and observation techniques. The study found that the Mat Rempit groups not only engaged in illegal racing but also other activities considered negative by the general public. The Mat Rempit sub-culture evolved and perpetuated through group learning processes, and was characterised by counter-culture elements which were the socio cultural outcomes of the social transformation processes undergone by certain quarters of the Malaysia n youth population. In conclusión, the Mat Rempit sub-culture finds expressions in values such as freedom, identity, autonomy, pleasure, appearence and creativity

Keywords: counter-culture elements, group learning processes, social transformation processes, sociocultural impacts, sub-culture, urban youths

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.