Respons masyarakat tempatan terhadap pelaksanaan sistem Tagal (Local community’s response to indigenous management of aquatic resources : The case of the Tagal system)

Jurry Foo, Harifah Mohd Noor

Abstract


Sistem Tagal adalah salah satu kaedah pengurusan biosfera, khususnya sungai yang diadaptasi daripada amalan tradisi masyarakat tempatan di Sabah. Kaedah ini telah diperluaskan oleh Jabatan Perikanan Negeri Sabah (DoF) sebagai satu pendekatan menguruskan sungai di samping memulihara sumber akuatik di negeri ini. Sejak pelaksanaannya pada awal tahun 2000, kejayaan sistem ini telah menjadi sebutan, bukan sahaja meningkatkan kualiti persekitaran sosial, tetapi juga menyumbang kepada kualiti persekitaran fizikal terutama kebersihan sungai dan populasi ikan sungai. Pencapaian ini diyakini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan penglibatan masyarakat, memandangkan pelaksanaan sistem ini yang berbentuk usaha sama antara kerajaan, melalui DoF dengan masyarakat tempatan, yang dikenali juga sebagai hubungan ‘smart partnership’. Oleh yagdemikian, artikel ini membincangkan respon masyarakat tempatan terhadap pelaksanaan sistem Tagal daerah Ranau, yang tertumpu kepada Kg. Luanti, Kg. Pinawantai dan Kg, Kinarasan. Pemerhatian, soal selidik dan temuramah telah dijalankan di kawasan kajian bagi mendapatkan data dan maklumat. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat tempatan menunjukkan pelbagai reaksi terhadap pelaksanaan sistem ini, khususnya dari aspek dorongan penglibatan, corak penglibatan dan corak kepuasan. Hasil kajian ini akan dapat memberikan gambaran asas terhadap respon masyarakat terhadap pelaksanaan sistem Tagal.

Katakunci: kualiti alam sekitar, pengurusan biosfera, perkongsian pintar, respons masyarakat, sistem Tagal, sumber akuatik

The Tagal syatem is a method of biospheric management of rivers adapted from the traditional practices of a Sabahan traditional local community. The technique has been adopted and extended by the Sabah state’s Department of Fisheries for the rehabilitation of aquatic resources in the state. Since its implementation in 2000, the system has gained much recognition for its ability not only to enhance the social environmental quality but also that of the physical environment, in particular with regard to river purity and riverine fish population. The key element of the system’s success is not just the involvement of the local community in the management task but also the smart partnership between the local community with the state through the role played by the Department of Fisheries. Oleh yag demikian, artikel ini membincangkan respon masyarakat tempatan terhadap pelaksanaan sistem Tagal daerah Ranau, yang tertumpu kepada Kg. Luanti, Kg. Pinawantai dan Kg, Kinarasan. Pemerhatian, soal selidik dan temuramah telah dijalankan di kawasan kajian bagi mendapatkan data dan maklumat. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat tempatan menunjukkan pelbagai reaksi terhadap pelaksanaan sistem ini, khususnya dari aspek dorongan penglibatan, corak penglibatan dan corak kepuasan. Hasil kajian ini akan dapat memberikan gambaran asas terhadap respon masyarakat terhadap pelaksanaan sistem Tagal.

Keywords: aquatic resources, community response, environmental quality, management of the biosphere, smart partnerships, Tagal system


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.